Followers

Friday, 19 August 2011

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Di bulan Ramadhan ni semua pun asyik nak memberi kan? mengenangkan bulan ni diberikan nikmat yang banyak kepada kita dan juga keberkatan dan ganjaran pahala yang dilipatkaligandakan buat kita. 

Even Rasulullah sendiri amat kasihkan hambanya yang memberi, ataupun bersedekah, TAPI dia lebih sayangkan Hambanya yang susah yang memberikan sedekah.


Apa maksudnya di situ?
- Rasulullah nak bagitahu, memberi bukan bererti bila kita senang sahaja kita memberi, tetapi bila kita susah juga kita memberi yakni MEMBERI DENGAN KEMAMPUAN YANG ADA.
- Rasulullah nak kita sedar yang, BILA KITA SUSAH, SEBENARNYA ADA YANG LEBIH SUSAH DARI KITA.
- Rasulullah sedang bagitahu kita yang kita kena senantiasa sedar yang harta milik kita bukan semuanya milik kita, ianya punya bahagian untuk orang lain yang perlu kita kongsi dengan orang lain.
- Akhir sekali, tindakan kita sebagai kita selalu bersyukur dengan nikmat kurniaan yang ALLAH dah berikan kepada kita. 


Pernah dengar tak "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"..?
Cubalah memberi dengan hati yang ikhlas, beri tanpa mengharapkan balasan. Dengan penuh rasa kesyukuran dengan nikmat pemberian yang ALLAH beri kepada kita. Baru tau nikmat dia macam mana. Sebab? Kita sedar tanggungjawap sosial kita yakni KITA MENYEDARI YANG HIDUP KITA LEBIH BAIK DARI HIDUP SI PENERIMA, itu tandanya kita syukur dengan nikmat. Sebab tu kita memberi.


Note :: Kita bukan sekadar memberi, TAPI MEMBERIKAN YANG TERBAIK sebenarnya, maksud di situ, andai kita nak beri seketul ayam Kepsi contohnya, bukan kita berikan sebahagian dari sedikit yang kita tak mahu makan, TAPI, KITA BERI BAHAGIAN YANG TERBAIK YANG KITA NAK MAKAN, bakinya baru untuk kita. Inilah yang dinamakan MEMBERIKAN YANG TERBAIK. 



Ingat ya semua. Anda buat, anda dapat. ;)

12 comments:

shaliza khairi said...

bersedekahlah semampunya. nice share awak =)

risa said...

betul lah adik:) dendiam udah le..tp kalau nak mengajak org kearah kebaikkan macam bersedekah ni so, boleh je war war mana2 tempat yg memerlukan tu kan adik..kannn

Miss Nadya said...

betul..tangan yang memberi lebih baik dari yg menerima..:)

Anum said...

suka baca blog nie
banyak ilmu2

zuwaidah said...

setuju, memberi yg terbaik adalah amalan yg patut dicontohi.

Iffah Afeefah said...

er tp slalu akan bg y tak nk kat org lain kan

ermmm

MerLe said...

memberi dgn mulut senyap lebih baik drpd beri smbil mulut duk mengheboh merata..

msredcheesecake said...

kalau kita bantu orang sampai dia tersenyum gembira, insyaAllah hati kita akan gembira juga...yg penting niat dan ikhlas...

azwa amani said...

setuju dengan nadh.. sorry nadh amani lame tak ke sini.. sibuk sikit.. tak sempat nak berblogging macam dulu

cik pulau said...

betol..
bagi benda yang kita sayang lagi besar pahalanya...

al_hakim said...

perkongsian yg bagus sekali..keep it up...

Ajeyy Rawk said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

Buta+Pekak+Bisu=CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...