Followers

Wednesday, 23 November 2011

Meninggal dunia di MALAM PERTAMA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsikan kisah yang pada Nadh PATUT SANGAT kita jadikan perbandingan dalam kehidupan kita seharian sekarang, dan diharapkan akan membawa kita ke jalan yang lebih baik yang membawa Redha Yang Maha Kuasa kepada kita di muka bumi dia ni.



**Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad",berlaku di Abha (wilayah Asir di Arab Saudi)


********************************************** 

Selepas selesai bersolat Maghrib, Pengantin perempuan memakai make-up dan memakai pakaian putih pengantin untuk majlis resepsi perkahwinannya.
Kemudian dia mendengar azan 'Isyak. Dia menyedari yang sudah terbatalkan wuduknya sebentar tadi, jadi dia memberitahu ibunya,
"Ibu, sudah masuk waktu Isya', saya nak berwuduk dan bersolat Isya' dahulu"

Si Ibu yang terkejut dengan kata-kata anak nya pun bersuara,
"Kamu dah gila kah sayangku? Bukankah di bawah sana tetamu kita sudah menunggumu? "Dan bagaimana pula dengan make-up kamu itu, ianya akan tercuci apabila kamu mengambil wuduk nanti.".

Si Ibu menambah lagi. "Aku Ibumu dan aku perintahkan kamu  tidak bersolat dulu, dan aku akan marah sekiranya kamu berwuduk sekarang. !!

Anaknya si pengantin baru menjawap,
"Ibu, aku tidak akan turun ke bawah sehinggalah aku bersolat, Ibu. "

"Ibu mesti tahu bahawa,
" There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Ibunya berkata:
"Apa pula yang akan tetamu kita katakan nanti apabila melihatmu turun tanpa bermake-up? Mesti mereka akan mengata kamu kerana kamu tidak nampak cantik.Dan mereka pasti akan menggelakkanmu sayangku."

Anaknya tersenyum, lalu menjawap,
"Adakah ibu risaukan saya kerana saya tidak akan nampak cantik di mata yang di cipta? Bagaimana pula dengan Pencipta saya? Saya risau Ibu, sekiranya saya terlepas solat saya, saya tidak akan nampak cantik di pandangan NYA.". Dia pun pantas mengambil wuduk, malah tidak peduli akan make-up nya sebentar tadi yang akan di cuci ketika wuduk.

Dia pun mula solat Isya', ketika dia tunduk bersujud, dia tidak sedar yang ini akan menjadi sujudnya yang terakhir. DIA MENINGGAL KETIKA DIA SEDANG BERSUJUD.

Satu penamat yang sangat indah bagi seorang Muslimah yang berkeras untuk taat kepada perintah ALLAH.
Ramai yang mendengar kisah ini, berasa tersentuh, kerana dia MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI TEMPAT TERATAS DIDALAM HIDUPNYA. Dan dia mendapat penamat terbaik didalam hidup yang mana seorang Muslim sepatutnya mendapatnya.

" She Wanted To Be Closer To Him, So He Took Her Soul in The Place Where Muslim Are The Closest To Him ! "

SubhanaAllah !


Note : 
Dia tidak kisah sekiranya tidak cantik di mata makhluk, Jadi dia nampak cantik di mata Maha Pencipta, Bayangkan kita di tempat nya, apa yang akan kita lakukan? Yang mana satu yang akan kita pilih? Menyenangkan / Mengambil hati Makhluk atau Maha Pencipta?

Siapa yang dapat pastikan yang dia akan hidup lagi untuk minit berikutnya? Jam berikutnya? Atau Berbulan lagi? Tiada siapa yang tahu bila Maut akan tiba, bila kita akan pergi dan bertemu denganNYA, disoal oleh malaikat yang dihantar olehnya. Soalnya sekarang, BERSEDIAKAH KITA?



Sumber :: Email

19 comments:

CYCY's AMIRUDIN said...

subhanallah...
sygnya allah kat dia...
senang nya allah ambil nyawa dia...

bersama kak Es said...

masya Allah akhiran hidup yang sangat cantik

moga kita pun dapat kesudahan hidup yang baik ameen

Miss Nadya said...

subhanallah...sedih pulak bila baca kisah ni..:'(

mas saari said...

subhanallah... kagum dengan wanita itu!

cantik luaran tu boleh di touchup balik kan? tapi cantik di mata Allah tu kena utamakan..

eszyamin said...

ermmm kalau saya mmg pikir hati makhluk dulu...susah la nk kuatkn diri nk berkata tidak ni..

Sunah Sakura said...

subhanallah...

Anum said...

ermmmmmmmmmm

Srikandi Bonda said...

SubhanAllah. Tersentuh hati ini. Moga Allah memberikan kita kesempatan seperti ini. InsyAllah. :)

kiera'sakura said...

bru jer smlm t'pk pasal nie...

klu hari kenduri dimake up seawal jam 12 lg.. tup tap tup tap.. smpi kul 3..huhuhu..tktnye klu t'lepas solat...

Ardini Humaira said...

SubhanAllah.. :')

Iffah Afeefah said...

subhanallah

mampukah jiran jd gni

IBU GEBU said...

satu lagi kisah yg mengingatkan kita kepada kematian... thanks nadh!

aizamia3 said...

kisah yang menarik dijadikan teladan.. sebab kita tak tahu bila kita akan pergi mengadapNYA.. syukur pengantin perempuan itu lebih mengutamakan kecantikan kepadaNYA dan bukan pada tetamu yang datang itu..

syarifahsidrus said...

nice:) memang boleh buat pengajaran dan teladan kisah ni

oli-go said...

Ya Allah..bagusnya perempuan tu...

aiko kato said...

terima kasih..u make me cry by reading this entry..hee~

keep it up sweet~

Подтверждаю said...

as salam..
insya'Allah selagi kita faham bagaimana memerangi nafsu, syaitan dan munafik, Allah permudahkan urusan kita untuk mendekati-Nya..

subhanAllah..

JIJI YU said...

aku cam nak nanges jgk

Areef Ibn Naim said...

ya allah jadikanlah pengakhiranku sbg pengakhiran yg baik, dan jgnlah jdkan pengakhiranku sbg pengakhiran yg tdk baik...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...