Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
"Saya suka awak." Kata-kata ringkas dari bibir nya yang membuatkan Natasya terpaku diam seketika. Bagaikan kurang percaya dengan apa yang diluahkan sebentar tadi. "Entah ya, entah tidak. Adakah sekadar ucapan dari bibir atau kata dari hati yang ikhlas diluahkan buatku." Bebel Natasya dalam hatinya.
"Saya suka awak. Awak dengar tak ni?" Ucap Zaiful.
"Jadi? kalau awak suka saya, apa perlu saya buat? " Soal Natasya.
"Awak suka saya tak? " Soalan perangkapkah ini? Natasya tertanya-tanya dalam diri. Adakah Zaiful benar-benar inginkannya, atau hanya sebagai tempat melepas rasa selepas diri ditinggalkan kekasihnya. Natasya hanya mendiamkan diri.
*****************************************
"Andai saya terima awak. Tapi apakah jaminan awak yang ini bukannya satu penipuan?"
"Penipuan?"
"Lelaki. Semua sama sahaja, bila mahu terkejar-kejar, bila dah jumpa yang lebih baik, jangankan sejuta tahun kebaikan diingat, tapi untuk menolak, hanya kerana sepalit hitam pun bisa dijadikan alasan. " Balas Natasya.
"Saya ikhlas. Saya tiada dapat berjanji, kerana hati itu biarpun di tubuh saya , tapi ALLAH yang memegang kuncinya, sayang dan cinta walau mulut mudah berkata, tapi ALLAH yang izinkan perasaan itu, tapi, andai kata sekarang awak bertanya pada saya, saya ingin sekali katakan yang saya mahu awak menjadi isteri saya. Sudikah awak mengahwini saya?"
Natasya terus terkedu. Subhanallah. Tiada pernah dia berjumpa lelaki sebegini straight-to-the-point. Meluah kata berdepan tanpa berselindung. Tak macam lelaki diluar sana yang berselindung disebalik mulut manis, seandainya satu hari nanti tiada lagi madunya, tertinggallah ia sepah dibuang.
"Sudikah awak menjadi isteri saya Natasya? Jika awak sudi, maka akan saya hantarkan kedua ibu bapa beserta rombongan menemui keluarga awak supaya kita bisa diijabkabulkan."
"Awak biar betul? Awak baru kenal saya, takkan semudah ini awak meminta untuk bersama saya? "
"Sepertimana saya katakan tadi, hati walau ianya adalah ditubuh saya, tapi perasaan itu milik ALLAH, dan cinta, adalah anugerah terindah untuk hambanya yang bergelar manusia, saya yakin benar dengan apa yang ditakdirkan buat kita ni."
"Kahwin tanpa cinta? "
Zafrul tergelak. "Cinta itu dipupuk, sayang itu boleh dibaja. Mungkin bagi sesetengah orang ianya menghairankan, tapi tiada yang pelik bila berkaitan soal hati ni kamu, ALLAH yang berikan semuanya, dan dia jugalah yang berkuasa menariknya. Janganlah kerana masyarakat kini mengejar nya kerana takutkan akan kahwin dengan yang tak dikenali tapi tiada janji yang hubungan itu kekal selamanya bukan? Pilihlah cinta pada ALLAH nescaya dia kurniakan kita dunia yang cintakan kita." balas Zafrul. Panjang lebar, tapi penuh dengan pengertian mendalam yang membetulkan fikiran Natasya mengenai cinta.
*****************************************
Setelah berfikir selama beberapa hari, mereka bertemu lagi, kali ini Natasya terus kepada jawapan pada persoalan yang diluahkan Zafrul tempoh hari.
"Saya terima, tapi saya ingin mencapai cita-cita saya dahulu. Adakah awak akan menunggu saya? "
"Andai telah dijodohkan kita, tiada yang bisa menghalang kita dari bersama, kerana sudah tertulis di luh mahfuz tentang siapa yang bakal bersama kita awak. Saya pegang kepada perkara itu. "
"Terima kasih awak. Saya janji akan setia dengan awak. Walau sejauh mana pun saya pergi."
"Awak, jangan berjanji. Cukuplah sekadar awak fikir untuk menunaikannya didalam hati. Tak manis bukan kita berjanji kerana kita tak tahu pun apa bakal jadi di masa hadapan, katakan ianya tidak berjaya ditunaikan, bukankah itu satu kezaliman buat insan yang memegang kepadanya? " Zafrul mengingatkan.
"Baik awak. Terima kasih awak. Terima kasih sangat. saya akan ingat pesanan awak tu. "
*****************************************
Kata sudah dirungkai, walau janji belum dicapai, namun, ianya bagaikan kata bersemangat penuh kuasa yang memberikan keduanya kekuatan untuk menunggu tahun-tahun mendatang. Zaiful sedang bersiap untuk berlepas ke luar negara, dia ada tugasan luar negara yang perlu dia hadiri. Sambil-sambil lidah menyanyi-nyanyi lagu Imran Ajmain yang dipasangnya.
Dia tersenyum sendiri bila menyanyi di bait "Kini kau bersayap, pergilah terbang , Rentaslah langit cita cita mu , Harap nanti kita 'kan bertemu ", baginya kata-kata ini punya persamaan yang tepat untuk hubungan dia dan Natasya. Sayap untuk terbang, mencapai cita yang ingin dikota sejak sekian lama, dan didalam hati berharap nanti akan bertemu, dan menunaikan kata yang ingin sekali dikota.
*****************************************
03 March 2009
1 Email received.
Natasya pantas mencapai tetikus miliknya. Digerak-gerakkan menemui email yang dihantar tadi, kemudian menekan button kiri untuk membuka email yang diterimanya. Dia yakin email yang diterimanya adalah daripada adalah daripada bakal imam yang dirinduinya.
Assalamualaikum.
Menemui Natasya yang dikasihi,Selamat ulang tahun saya ucapkan kepada kamu. Perlahan benar rasanya melalui tahun kedua kita. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baik bukan untuk mengajar kita bahawa jauh itu tidak bererti jauh dari hati bukan? Apa pun, yang sebenar-benar perlu dirindui adalah rahmat Cinta Ilahi, moga-moga kita bakal disatukan bila tamat tempoh kejauhan ini. Amin.
Terimalah lagu ini khas buat awak.
ikhlas, Zaiful
Tanpa membuang masa, Natasya terus memuat turun file yang dilampirkan bersama email itu. Sebaik selesai sahaja memuat turun. Terus dia memilih option Open File dan terus berkumandang lagu yang dikirimkan buatnya itu.
Yang tulus ikhlas | Ingin sekali sekala dirinya dibalas | Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi | Ingin sekali sekala jadi penerima | Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta | Dan leburkan saja serpihan calar derita
Natasya tersenyum. Kata-kata dalam bait lirik lagu ibarat kata-kata yang diluahkan Zafrul. Dia tahu yang lelaki itu tak berani meluahkan melalui ucapannya, atau tulisannya, tapi dikirimkan sesuatu untuk menjadi luahan perasaan buat Natasya. Belum pernah Natasya berjumpa insan seistimewa Zafrul, kata yang terluah itu penuh dengan pesanan buatnya.
*****************************************
Natasya mendengar dengan penuh sayu, mendalami lagu yang menjadi trademark kisah dia dan Zaiful. Lagu yang pernah dihadiahkan kepadanya pada hari ulangtahunnya yang lalu. Lagu ini punya kisahnya yang tersendiri. Bagaimana dua jiwa yang menginginkan cita-cita, memilih untuk pergi dan berpisah seketika, dan kemudiannya kembali menyatu kasih. Benar-benar cocok dengan kisah dia dan Zaiful. Dia dengan ijazah luar negerinya, manakala Zaiful dengan tugasan luar negara juga, yakni seorang wartawan yang ditugaskan diluar negara.
Berlalu sudah janji yang diikat empat tahun yang lalu. Namun, Zaiful belum mahu menonjolkan dirinya. Natasya masih menanti. Benar kata orang, hati bila sudah terpaut, jangankan berbulan, bertahun, malah seumur hidup juga bisa dihabiskan dengan menanti yang tersayang kembali kepada diri. Natasya memilih untuk membawa diri ke luar negara.
"Hye, Natasya how are you? Still remember me? " Akasya menyoal.
"Eh, Akasya. what a considence meeting you here. What are you doing here? "
"Actually im doing my PhD here. And you?"
"Umm. nothing. Just come in to relax my mind."
"Are you married? "
"Not yet, and you? "
"Im married to Afeefa. Our classmate, still remember her? "
"What? wowww. its a surprise. Do i have any niece or nephew? "
"We have 3. ehhe. " Sambil tersenyum. Belum sempat Natasya berkata-kata, Akasya menambah pula, "You know what? suddenly im starving nasi minyak. When is yours? "
"Married? errr..."
"Something went wrong?"
"Umm nothing...."

9 comments:
waaa abg nadh.. saya suka la karya2 abg nadh... terbaekkkk.. :D
sedihnya
jahatla nadh ni
bikin ai sdih
tapi serius
best
jiwa tu sampai
maybe laki tu baik sgt kot
sian natasha
afeefa? 3 ank eh..cis2
wuarghh!!!kesian natasya tapi natasya seorang yang tabah!*ehem3..hai natasya.:p*
ehem ehem.
walau berjauhan tapi kasih sayang yang bertaut buat Natasya kuat mengharung dugaan..
Andai ada orang macam tu, betapa bertuah insan yang berjaya memilikinya..
cerpen yang menarik Nadh.. akak suka.. ;)
best.. best.. best..
kesedihan dan keinsafan bersatu menjadi satu. penceritaan benar-benar unsur islamik :)dan penuh pengajaran.
tapi ada sedikit komen juga,
Zafrul kemalangan, koma dan mati setahun kemudian. bila masa dia boleh tulis surat kat Natasya? unsur lojik kena adalah kan. mungkin kena ada penjelasan saat-saat dia menulis surat tu. mungkin kena ada flashback utk kisah itu.
sekadar pendapat. mungkin kamu terlepas pandang. akak bukan mencari kesalahan k! sebab kamu sgt berbakat.. sungguh! serius-bukan bodek hehehe..
osemmm!!!!
janji itu bukan milik kita, walau hati penuh dgn pengharapan. namun biarlah berharap pada Yang Maha Esa.
**bab kembar dan meninggal dlm satu kemalangan sama mcm satu novel yg ai penah baca lama dlu...tp xde la sama mcm cerpen awk nie and last nye girl tue kawen dgn kembar die... :)
kalo couple skrg kalo tak janji sehidup semati mana romantik haha..tp mmg betul la kalo berjanji kena tunaikan..sapa la kita nak menentukan semuanya..hanya Allah yang tahu :)
Post a Comment