Followers

Thursday, 26 April 2012

Cerpen | When I Fall In Love

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Its over okay? Dont you ever come and look for me again. " 

"But dear....i love you. please dont do this to me"

"No !.I've make a desicion and please dont call me dear again. I hate to hear all those words especially when it came out from you. Please get off. "

"Dump again.? Damn. So easily dump me. I hate you. n im gonna hate you till the end of ur life. im praying god will pay for what you've done to me ." Itu ucapan pertamaku buat pertama kali semenjak tahun lepas. Tahun yang membawaku terawang-awang bersama cinta yang ku puja selama ini. Rupanya selama ini aku dipermainkan aja. Bodohnya rasa. Kenapa la aku tak sedar ya perkara ni? Indah sangat ka sepanjang masa kami bersama? 

***************************************

"Hoi, sudah la tu. Kan semuanya sudah berlalu. ? Sudah-sudah la ingatkan orang macam tu. "

"Kau pun sama, semua marah kalau kami kembali bersama. Kenapa korang tak nampak ke yang aku sangat sukakan dia? "

"Hello, kau pun tak sedar diri ke yang kau tu dah macam mumia tau tak sejak lepas break dengan dia. Dan dia tu, rilexx ja aku tengok dating sakan dengan minah tu. Mana tak nya semua marah, dia dah buat kau sampai macam ni. Tak ada makna. Its not worth it. Seriously. "

"Tapi hati aku kuat pada dia."

"Kuat? Owh please la. He does not deserve you at all. The way he treat you. Its cruel okay. He doesnt care bout you. Plus, he's a playboy. Girls easily come and go in his life. Stop being a stupid idiot in front of me. "

Dan aku mula untuk menangis sekali lagi. Ayim benar-benar marahkan aku kali ini. Seingat aku, dialah manusianya yang akan mula sekali menghadirkan diri tiap kali aku jadi macam ni. Menenangkan aku buat seketika, dan kemudian selepas aku dah agak mula dapat menerima kenyataan, dia akan perlahan-lahan surut dari hadir. Aku hargai sangat apa yang dia buat tu. Sebab dia memang orang nya yang aku harapkan.

"Stop it ! dont you ever cry for someone like that in front of me. "

"Tapi Ayim,."

"Listen here, sekarang ni, kau kena belajar melupakan. . i never gonna teach you to hate people, but you just need those feeling to get rid of his memory inside . Tak perlu benci. Sebab benci itu perasaan yang tak baik. Tapi cukuplah keburukan itu diambil sebagai penampan untuk membuang dia dari hati kau. Bila kau ingatkan dia, fikirkan kesedihan yang dah dia buat kat kau. Jadikan itu pemangkin untuk melupakan. "

***************************************

"Lama dah aku tak jumpa Liza. Rindunya kat dia weh. "

"Itulah kan, aku pun dah lama tak jumpa dia. Aku tengok dalam facebook tu dah ada boyfie. tak lama dah kita nak makan kenduri ni. " Balas Ayim sambil gelak. Aku turut senyum.

"Kan? Tapi kau nak tahu tak, dia tu memang kawan yang sangat baik weh. Aku tak tipu kau, dia memang kawan yang sangat baik. Masa aku tinggal dengan dia dulu, dia la yang hantar ambil aku balik dari kerja. kalau kata 6 pagi aku nak pergi, 6 pagi lah dia bangun dan hantar aku. "

"Dia memang kawan yang baik kan? Untung kau. Keliling kau orang sayang. "

"Hurmmm.. itulah kan? Tadi kat office, diorang belikan aku pizza, banyak plak tu, tapi aku tak boleh nak makan pun. Sedih kau tau tak? Diorang semua sangat ambil berat. " Mula teresak-esak suaranya.

"Kau jangan lah risau bab ni dah. Caya cakap aku. Akan tiba juga nanti masa tu buat kau. Al-Baqarah ayat 216 cakap, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Semestinya dia sedang rancangkan sesuatu buat kau tu. "

"Beb, terima kasih ye? "

"Terima kasih untuk apa plak ni. Sudah-sudah la weh. Kawan kan. Takkan aku nak biar je kau tu. Lagipun kan dah 4 tahun aku jadi penasihat cinta kau? berapa kali tukar dah tatau? "

" Sengal la kau. Benci ~~~ " 

"Ya ALLAH, andai kata ada ditakdirkan seseorang buatku, Maka kau makbulkan lah permintaanku agar dia biasa menjadi seseorang yang dapat aku harap untuk bersama denganku hingga ke akhir hayatku. Andai kata dia bukan seperti yang aku idamkan, maka kau jadikanlah hatiku tenang bersamanya Ya ALLAH. Doaku, dia bisa menerimaku sebagaimana diriku selama ini. Baik dan burukku. Amin Ya Rabbal Alamin.  "


***************************************

Splashhhhhhh... *air berpercikan

"Ahh sudah. ". Jeritku antara dengar atau tidak. 

"Owh maafkan saya cik. Saya tak sengaja. "

"Tak sengaja awak kata? Habis tu macam mana saya nak solat ni dengan kain yang basah, baju yang basah semua ni? "

"Maafkan saya cik, saya memang tak sengaja. "

"Tak sengaja awak kata, takkan awak tak nampak saya tengah jalan tadi.? "

"Saya benar benar tak sengaja cik, saya sedang menghala ke masjid, mengejar waktu ni, saya terlambat ni, tak sempat nak solat tadi. Sangkut dalam traffic jam tadi. "

"Hurmm.. sudahlah. nak buat macam mana lagi. Menda dah jadi. Pergilah cepat. karang tak sempat pula."

"Cik, maafkan saya ye? " Aku menoleh. Cuma tersenyum di dalam hatiku. Hendak mendekatinya, tak mampu, dia lelaki dan aku perempuan, tak manis kiranya andai aku memanjangkan hal ini. Apa yang aku mahu lakukan sekarang adalah, Langkahku dipercepatkan. lagi 20minit mendekati waktu ketibaan Maghrib, aku berlari anak berkejar ke rumah bagi menyalin baju baru juga telekung bagi mengantikan pakaian yang basah sebentar tadi. Sebenarnya tak ada pun halangan bagi meneruskan langkahku, cuma aku sendiri tak berasa selesa nak solat dalam, keadaan ini. Dan masih awal lagi, aku kena cepat, agar aku bisa menjadi antara terawal yang berada di sana menanti saat indah bertemu Penciptaku.

 ***************************************

Perjalanan hidup berlalu seperti biasa. Kalau dulu hanya dia yang berdamping denganku, kehidupanku berubah. Dari satu, aku luaskan pergaulanku. Sudah tidak lagi berduka lara sepertimana sebelum ini. Aku akhirnya sedar sepertimana kata Ayim, hidup ni tak susah tara mana pun, kita yang menjadikan ia kompleks, sebab kita terlalu banyak berfikir, Rasulullah pesan, Ikutlah Al-Quran dan As-Sunnah, maka sampai bila-bila pun kamu takkan sesat. Aku belajar mendekat keduanya. Makin hari, aku bertemu dengan ketenangan yang dicari. Rupanya ia tak ada dalam hati manusia, tapi dia ada didalam hidayah ALLAH. Aku senyum setiap kali terbayang apa yang aku dah buat dahulu. ALLAH tarik aku kembali ibarat layang-layang yang masih terikat dengan talinya. Agar aku tak ke atas lagi, takut takut waktu aku sedang terbang melayang, dibuai angin indah, tinggi menikmati indahnya langit berlantaikan bumi, terputus pula talinya.

Berbulan selepas itu. Papa buat panggilan.
"Teh, Papa rasa dah tiba masa kamu kahwin. "

"Kahwin pa? "

"Yes. "

"Tapi Papa, Teh mana ada sesiapa lagi? "

"Papa dah ada orangnya. "

"What???? "

"Papa tak boleh buat Ateh macam ni Pa.? "

"Its final. No more quarrelling. Just follow what i say. "

"But Pa....."

 ***************************************

Tak lama masa yang diambil. 6 bulan sahaja yang aku ada. Aku redha dan pasrah dengan pilihan Papa dan Ibu. Kata mereka, tak ada lain yang sesuai bersamaku, melainkan orang ini. Aku tak lagi berani membantah. Kata Ustaz, Papa ada kuasa untuk memilih siapa yang bakal mnjadi suamiku, kerana dia adalah Wali Mujbir. iaitu wali yang berkuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak. Lama masa aku ambil untuk menerima hakikat kisahku ini. Akhirnya , sekali lagi aku pasrah dengan ikatan yang tidak ku rela ini, memandangkan hormatnya aku pada Papa. Aku pasti dia takkan buat keputusan yang tak baik buatku. 

"Sah. " Semua berdoa. Aku juga. mengangkat tanganku menadah tangan ke sisi ALLAH, Tuhan Seluruh Alam mengaminkan doaku sendiri, moga-moga siapa yang diberikan mandat menjadi pemegang kunci syurga buatku agar dia mampu mmberi aku kebahagiaan. Moga-moga dia mampu menjaga aku, bukan lagi menjatuhkan aku sebagaimana cinta yang pernah buat aku menderita satu masa dulu.

 ***************************************

Sebaik masuk kedalam kamar, aku terkedu. Dia orang nya. Tapi kenapa dia? Kenapa?
"Awak, maafkan saya ye? pertemuan masa kali pertama itu, buat diri terpikat. Dari saat itu, saya berusaha mendekati awak. Tapi melalui kaedah sendiri. Bukan mendekati awak meminta cinta, tapi saya tadahkan doa pada ALLAH, istikharah saya juga menjawab awak sebagai orang nya. jadi saya buat keputusan mengkaji selok belok hidup awak. Dan akhirnya mempertemukan diri dengan Papa untuk memohon izin bersama awak. Alhamdulillah Papa setuju. Pinta saya cuma satu, izinkan saya menjadi suami awak dunia dan akhirat? "

Aku tersenyum dalam terkedu. Tiada yang mampu aku katakan. Saat dia berkata-kata itu, air mataku bercucuran. Betapa indahnya cinta bila ALLAH menjadi tempat penentu segalanya . Dia memilihku kerana ALLAH. Saat itu juga, aku sambut tangannya yang dihulurkan buatku sebentar tadi, kucium tangannya, sambil berkata ,
"Izinkan saya juga menjadi isteri awak didunia, bidadari awak di akhirat kelak ye? "

 ***************************************

When I fall in love | It will be forever | Or I’ll never fall in love

In a restless world | Like this is | Love is ended before it’s begun
And too many | Moonlight kisses | Seem to cool in the warmth of the sun

When I give my heart | I will be completely | Or I’ll never give my heart

And the moment I can feel that you feel that way too | Is when I fall in love with you
Tak ada komen lagi. Tapi ni lagu cinta kami. Indahnya bila berpaksikan cinta pada ALLAH dulu. Mungkin benar satu masa dulu, aku keterlaluan mencari cinta di dunia ni, walau aku turut mengejar kehidupan abadi di sana, tapi aku sebenarnya tak perasan yang aku lebih takut kehilangan dia dari kehilangan ALLAH. nauzubillah. Tapi kini aku mampu tersenyum kembali. Perjalanan hidup yang kononnya penuh onar ibarat rasaku dulu tidaklah seteruk itu. Jiwaku kembali tenang bila mana ALLAH kurniakan aku dengan hidayahnya.

Bila hati makin dekat dengan ALLAH, segalanya menjadi mudah. Susunan hidup yang aku rasa berat itu sebenarnnya hanyalah titipan kecil dari nikmat besar yang aku perolehi. Cinta yang dicari itu kujumpai di hadapan pintu masjid. SubhanALLAH. Entah bagaimana jadinya, tapi susunan kisah hidup menjadi indah, ALLAH beri 2 dalam satu, bukan hanya mempersiapkan diri menghadapi mati, tapi diberikan aku keindahan cinta yang diidamkan juga akhirnya.

Benarlah sepertimana sabda Rasulullah,

"Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya."

 ***************************************


Cinta. Begitu hebat ia memberi kesan pada diri. Walau sekuat mana diri cuba memberi, namun hanya ikhlas yang bisa membawa satu kesan kuat iaitu bahagia. Dan kebahagiaan utama itu bila ianya dimanfaatkan untuk ke jalan ALLAH. Sepertimana ALLAH kata, carilah DIA, dan DIA pasti akan juga datang kepadamu. Cinta hakiki yang dicari, bakal tiba bersama pakej cinta duniawi sebagaimana dia telah berjanji, 

"Maka sesuatu apa pun yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakal." (Asy Syura : 36)

15 comments:

Anum said...

nice entry

azam said...

:) best²

kiera'sakura said...

mengada je kata x sweet..

mcm pesan yg sy selalu ingtkan kt diri sendiri dan mereka yg terdekat.. kita muhasabah diri dekat dengan Dia, cintakan Dia, jadi yg terbaik untuk Dia. insyaAllah Dia sediakan yg terbaik untuk kita, insyaAllah segalaNya dipermudahkanNya.. ;)

*suka la jmpe jodoh depan pintu masjid, suwit jer*

FasiHaH SupiaN said...

thums up!waaaaaa

zafira othman. said...

dgn ayim ea?

Sunah Sakura said...

subhanallah...banyak isi kat sini nadh...syabas untuk cerpen ni..

zaty luvlianncezzz said...

nice one ! banyak mesej yg tersirat nie :) .

tirahzairi said...

hummm....cerpen nie agak2 bila nak bukukan?

O CIKTEDDY said...

wonderful =D

Iffah Afeefah said...

Ohoii bestnye.

Errr betol la kan

sweet je minta dgn org tue.

U always the best jirang

Nong Andy said...

wah.. ini hebat!!!

islamik dan penuh dengan nilai-nilai murni... dan juga penuh dgn ilmu. welldone.. akak jeles :D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

cerpen terbaik nadh setakat ni...

peace yo!

;)

wany dianwanie said...

Well done nadh..
Lengkap dgn pengajaran & penghayatan...
pasni nadh cuba la wat novel..
anta kat alaf ke, mph ke, media prima ke..i sokong u from behind...

shida anwar said...

Allah tu Maha Mengetahui..walau kita susah nak lepaskan..tapi kan Allah tu lebih tahu..

thanks adik..boleh diadaptasi buat diri ini..

reenapple said...

Aaaa... ini best. Terlalu. Penuh dengan ciri-ciri Islamik.. Aku suka ini.. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...