Followers

Sunday, 6 May 2012

Cerpen | Ketulusan Hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari penuh dengan pengisian, tika siangnya, kita berdepan dengan tanggungjawab dunia, mempersiapkan diri untuk hari-hari depan. Bersama tugasan-tugasan yang diberikan kepada kita. Tiba petang, saat paling indah buat yang punya rumah tangga, kepulangan diri yang dinanti buah hati di perkarangan rumah. Perjalanan hidup bersambung pula di rumah, ibarat selesai punch kad keluar dar pejabat, kemudian di rumah pula. Namun, ianya sangat indah. Masa di rumah lebih terisi. Bila punya seseorang yang menemankan diri. Tiada ruang bersendiri kerana walau di medan berkreatif juga, dia bersama menemankanku.

"Ibu, Ibu, tadi cikgu suruh adik buat karangan Ibu. Cikgu cakap kan, karangan ini tentang Hero."
"Hero? Eh ya ke? Akeef suka hero apa?"
"Akeef suka BoboiBoy la Ibu. Dia boleh tukar jadi tiga kuasa, satu tanah, satu petir, satu lagi angin. Bestnya."
"Anak Ibu ni, Boboiboy aje dia. Tapi tak apalah, buatlah. Nak Ibu tolong apa-apa tak sayang? "
"Tak adalah Ibu. Tapi Akeef nak buat karangan tentang Hero Ibu boleh? Ibu suka hero apa?"

Terdiam. Fikiran menerawang. Mengimbau kenangan, kembali menggamit masa silam yang telah lama pergi berlalu. Benar kata bijak pandai, masa silam itu takkan kembali, walau sekaya manapun kita, takkan mampu memangilnya kembali. Yang pergi akan terus pergi. 

****************************

"Awak, malam ini kita nak makan apa ye? Ucapnya, sambil tangan mengusik telingaku."

"Entah la, rasa macam malas je nak masak.?"
"Malas? Alaa. jangan la macam tu, awak tahu tak , tadi kan, officemate ajak saya makan bersama mereka, tapi saya tolak. Alasan ada janji di rumah."
"Saya ada janji apa apa dengan awak ke?"
"Mesti la."
"Apa tu?" Aku menyoal.

"Saya kan janji nak temankan awak tiap masa . Jadi saya kenalah pulang awal. Nanti sapa nak tolong potongkan bawang, tumiskan bawang, habiskan makanan tu?"
"Awak ni. Benci.. Ada ada je tau." Aku tersenyum. Ada aja kata-kata indah darinya.Kekadang aku terkedu, kata-kata yang keluar tu , buat aku hilang kata nak membalas. Dan yang buat aku geram tu, lepas ja aku terdiam, dia akan gelak sekuatnya. Lepas tu dipicitnya hidungku.

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)

****************************

"Kau ni kan, aku tengok makin lama makin berseri. Seronok ye bersuami? "
"Eh mesti lah. "
"Aku pun nak juga lah. "
"Elok kau pun cepat-cepat lah. Jangan simpan lama-lama, tak elok untuk kesihatan." Ucapku sambil tergelak panjang . Ain mencubitku. Aku pun tidak berhenti di situ, tapi menyambung,
"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, Maka bertakwalah kepada ALLAH untuk menyempurnakan separuh yang berbaki " (Al-Hadith)
Ain tersenyum lagi, "ye lah, ye lah, aku tahu la yang tu, tapi Kamal tu, tak mahu masuk meminang lagi. Takut katanya belum bersedia. "
"Kalau belum bersedia, apa dayaku, tapi aku sentiasa mendoakan kamu sahabat. Ianya terlalu indah, andai kata keindahkan nya dapat kubayangkan dengan kata, maka habislah kata untuk ku utuskan padamu, tapi pegang pada satu iaitu, bila mana kita mencintai ALLAH lebih dari segalanya, DIA kirimkan kita dengan seluruh kesayangan dunia. Itulah cinta sebenarnya. Cinta pada Yang Maha Pencipta, Tuhan Seluruh Alam yang memberikan kita nikmat, yang tak mungkin bisa di balas walau dijual seluruh alam ini ."

Ain mengangguk, ibarat belatuk yang begitu cintakan batang pokok tiap kali bertemu dengannya. Aku tersenyum. Aku tahu dia juga berkeinginan, cuma mungkin belum sampai seru lagi. 

****************************

Keindahan kisah manisku tidak berterusan selamanya. Tika bibit-bibit ujian mulai tiba dan mengorak langkah menguji hati dan perasaanku. Dia mula berubah. Jika dulunya dia seorang family man, tapi kini, dia tak lagi seperti itu. Kekadang, berhari hari aku tidak bertemu dengannya. Dia menjadi seorang pemarah. Aku makan hati berulam jantung, menahan pedihnya perasaan diperlakukan sebegitu. Sudah mula berkira-kira adakah aku tersilap memilih si dia.

"Nak apa lagi?  Saya sibuk ni. "

"Tapi awak dah janji kan? Malam ni nak sambut hari ulangtahun kita?"

"Tak boleh, saya ada janji lain malam ini."

"Tapi awak."

"Awak faham ke tak faham ni?"

Menangis. Hanya itulah yang mampu aku buat semenjak berdepan situasi ini. Dia sangat garang sekarang. Kata yang keluar, seperti duri yang menghiris hati yang sepi . Entah kemana perginya Imamku yang aku dambakan. Dia seperti sudah berubah. Perubahan penuh. Yang aku lihat, masanya hanyalah untuk tugasannya. Bila pulang, dia akan berkurung didalam bilik bacaan. Aku cuma mampu berada di luar. Peneman aku adalah bacaan ayat Al-Quran yang berkumandang dari mulutnya. Hanya itulah yang menemankan aku saban hari. Untuk mendengar kata darinya hanyalah balasan untuk 'salam sejahtera ke atas kamu' yang aku ucapkan tiap kali melihatnya.

****************************

Aku bersyukur pada ALLAH, walau berat ujian ini, tapi aku tahu, dia sebenarnya mendekati ALLAH, cumanya aku buntu kerana aku ingin benar menjadi seseorang yang dia perlukan selain ALLAH yang sememangnya menjadi pilihan pertama seluruh alam, aku akur dengan itu, cumanya aku mahu menjadi tempat dikongsikan apa yang membelenggu pemikiran si dia insan yang aku cintai itu. Tapi apa dayaku, dia menidakkan tempatku . Pernah sekali aku cuba untuk bertanya, tapi aku diherdiknya. Aku pasti ada sesuatu yang tak kena, dia takkan pernah marah kepadaku. Dia bukan pemarah sebelum ini. Pasti ada yang tak kena.

Begitupun, rahsia tak menjadi rahsia selamanya bukan, kerana satu hari nanti, ianya bakal terdedah juga, namun pendedahan hari itu menyebabkan hidupku berubah 360 darjah.

"Puan , apa khabar puan?

"eh doktor Aisyah. Apa khabar doktor?"

"Saya alhamdulillah sihat. Bagaimana keadaan suami kamu?"

"Suami saya? "

"Eh, kamu tak tahu ke? Suamimu sebenarnya sedang berhadapan fasa akhir penyakitnya."

"Penyakit?"

Bagai hendak pitam bila diceritakan apa yang terjadi sebenarnya di belakangku. Rupanya suamiku berdepan dengan penyakit berkaitan hati, dan lebih menyedihkan, dia sebenarnya sudah tinggal hari-hari terakhir menurut ilmu kedoktoran , bukan percaya, kerana aku tahu, ALLAH Ar-Rabb, Yang Maha Mengatur dan Menguasai Alam Semesta itulah yang Maha mengetahui segalanya. Seperti Firmannya dalam Surah Al-An'aam yang bermaksud,

"Dan kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Aku redha dan pasrah dengan ketentuan ALLAH, namun tidaklah hati ini dapat menahan diri dari menidakkan susunannya, tapi aku benar-benar terpukul dengan ujian kali ini, aku menangis semahunya, dan doktor Aisyah menenangkanku.

Puan, sabarlah, ALLAH punya hikmah atas tiap susunannya. Mungkin betul ilmu kedoktoran berkata demikian, tapi ALLAH itulah yang Maha Berkuasa .

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)

****************************

"Abang, kenapa sampai nya hati abang merahsiakan hal ini dari saya? "

"Sebenarnya saya sedang mengajar kamu sesuatu.  Mengajar dirimu untuk tidak terlalu terikat dengan saya. Jika satu hari nanti saya dah tak ada, moga andai satu hari nanti, saya dah tiada, kamu takkan terkesan sangat dengannya . Saya taknak nanti kamu akan susah. Jangan ye? hidup mati jodoh pertemuan kan kuasa dia tapi kita masih kena beringat kan? Kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Walau sehebat mana kita cuba melakar sejarah baru tapi kenyataan yang kisah kita dah lama tertulis di Luh Mahfuz tu tetap yakni perjalanan yang dah ditentukan kita ibarat pelakon y cuma melakonkan watak hidup yang dah ALLAH susun. "

Tangisan dari tadi tidak berhenti turun dari kelopak mataku.
"Ya, saya tau ajal maut jodoh pertemuan dah ditentukan. Tapi bagi la saya nikmati apa yang saya ada sekarang. Sekurangnya kalau nanti dah tak ada, saya boleh ingat semua itu sebagai kenangan, saya nak hargai selagi ada depan mata saya, saya taknak menyesal. "

"Janganlah menangis sayang. "
Apa yang kurasakan ini, persembahan untuk dirimu, kau dengarkan kasihku, mencintai mu, tak mengenal waktu, tak mengenal puitis, hanya tulusnya hati, mencintai tak mengenal ragu keyakinan hatiku, hanya untuk dirimu, selalu.. (Ketulusan hati, Anuar Zain)
"Jangan tinggalkan saya ye?"
"Saya mana mungkin akan meninggalkan kamu. Walau jasad tiada menemani disisi tapi dalam hati kamu sentiasa ada saya sayang."
"Awak ni manis sangat. Macam gula-gula, eh bukan, kamu lebih manis dari seladang tanaman tebu kat Perlis tu."
"Kamu ni ada-ada aja sayang. Tiadalah manis saya kalau bukan untuk yang teristimewa."

Aku menangis lagi, tidak ku pinta pun air mata menghadirkan diri tika kala dia bersamaku. Ada sahaja yang dikisahkan kepadaku. Kadang-kadang, bait kata yang dikirimkan itu, adalah kiriman kata indah yang entah dari mana muncul pun aku tidak tahu. Dia suamiku, insan paling istimewa dalam dunia.Gelaklah kepadaku, tapi dia sahabat, dia kawan, dia teman, dia suami dan dia juga semuanya yang mengisi tiap bait langkah perjalanan hidupku. Bila diperlukan sebagai kawan, dia menjadi kawan, bila aku inginkan dia sebagai kekasih, dia bertukar menjadi insan yang diidamkan oleh seluruh penduduk bumi, si pencinta sejati.Aku syukur pada ALLAH, walaupun dikirimkan ujian ini, tapi aku sudah kembali menemui insan yang sangat ku kasihi ini, aku janji, aku takkan tinggalkan dia, hingga tiba masa itu nanti, biarlah ALLAH yang memisahkan kami, biar hanya tabir ghaib itu yang memisahkan kami. Biarlah mati satu satunya pemisah.

****************************

"Kita kuat kan? Kita mesti kuat kan abg? "

"Eh mesti lah, saya kan kuat sangat. Kamu mana boleh challenge. "

"Mendengki aje kisahnya. Cubit nak cubit? "

"Sebelum saya tidur, saya nak kongsi  sesuatu dengan kamu"

"Apa tu abang?  "

Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”. Oleh itu, janganlah apa yang menimpa saya ini, menjadi sebab jauh kita dari ALLAH, tapi terimalah ini sebagai hadiah dari ALLAH, sebagai untuk mengingatkan kita dan dari hadis dari riwayat Tabrani ada menyebut yang . “Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: ‘Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya, kerana Aku ingin mendengar suaranya.” Sayang betul dia pada kita kan kamu? "

"Abang tidur ye? Malam ni saya temankan abang. Abang kuat kan? Abang mesti boleh. Sayang yakin kita mampu hadapi ujian ini bersama."

Cintaku tak berdusta , Tak mengenal ingkar , Tak kenal nestapa , Cintaku hanya indah , Hanya bahagia untuk selamanya

"Thanks a lot dear, thanks for giving me the chances to love you. Thanks for giving me the chances to being love by a lovable person like you, giving me what i really need from someone i pray to be my angel there, i love you and will forever love you. " Kata-kata bersama kucupan di atas ubun diberikan sebelum dia menutup matanya.

Itulah malam terakhir kami bersama. Malam itu, dia pergi menemui Yang Maha Agung. Kasihku tidak mungkin bisa melawan takdir yang dah ditetapkan sejak dari awal terciptanya tempat tanah tumpahnya bumi ini. ALLAH telahpun menetapkan semuanya sekali tertulis di Luh Mahfuz, tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti. Bagi yang percaya kepadanya, segalanya diserahkan kepada ALLAH. Dia tak mungkin akan menguji hamba melebihi kemampuan hambanya. Bermakna, kali ini aku gagah , dan aku perlu selalu gagah. Demi dia. Suamiku yang tercinta. Dan aku janji, aku akan jaga warisnya yang sekarang berada dalam tubuhku, sesudah lahirnya nanti, dan penuh kasih sayang kucurahkan, moga dia menjadi seperti daddy nya, insan yang terlalu ku sayang. 

****************************

"Ibu..."

Air mata berlinangan. "Maafkan Ibu Akeef".

"Kenapa ni ibu? Kenapa ni? "

"Ibu rindukan arwah daddy. Terlalu rindukan arwah daddy. "

"Arwah daddy? Baik. Akeef faham. Maafkan Akeef ye Ibu. Akeef janji. Akeef akan jadi hero ibu, Akeef akan gantikan tempat daddy. Akeef takkan buat Ibu menangis lagi.".


****************************


Perpisahan bukan bererti tamatnya sebuah cinta. kasih yang berpaut atas jalan ALLAH, akan kekal selamanya, jasad hanyalah sebagai tatapan buat diri di khayalak dunia, kasih sejati kekal dan akan terus bertaut hingga ke Taman-taman Syurga.

9 comments:

IBU GEBU said...

sangat menyentuh hati, kakak tak tau pun nadh ada bakat dalam penulisan kreatif... teruskan ok

*AIN nama anak akak juga

kiera'sakura said...

"Thanks a lot dear, thanks for giving me the chances to love you. Thanks for giving me the chances to being love by a lovable person like you, giving me what i really need from someone i pray to be my angel there, i love you and will forever love you. "

jgn dibiarkan insan tersayang merana ditinggalkan kekasih sblm Allah dtg menjemput, semua tue hanya menjadi kesakitan untuknya nanti.. sebaliknya kongsikan sisa masa bersama, biarlah ia menjadi kebahagiaan yg menemani hari-harinya sesudah ditinggalkan ;)

mengada jer suka buat org nangis

Iffah Afeefah said...

sedih
sweet adela skit

tkley lawan ai

hahaha

kejam kan?

tp kalo suami die bhasekan abg lg feel

Nong Andy said...

aduh.. mataku di masuki habuk!

welldone. byk menyelitkan unsur islamik dan sekaligus ilmu. apa pun yg kamu sampaikan dlm kispen ini.. akak lihat ada 'hasanah' utk kamu pada siapa yg 'melihat' ilmu yg kamu sampaikan itu..

*akak angkat bendera putih hehehe..

FasiHaH SupiaN said...

T_________T

huhu mata merah.

shida anwar said...

Sob sob u are my hero

shida anwar said...

Sob sob u are my hero

aizamia3 said...

baru sempat baca..
cerpen yang menarik.. ;)

reenapple said...

entah mengapa, aku mengalirkan air mata ketika si kecil itu mengatakan dia akan jadi hero untuk si ibunya..

Sesungguhnya cerita ada pengajaran tersembunyi.. =)

#bilalah agaknya nak buat cerpen islamik sebegini.. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...