Followers

Tuesday, 11 December 2012

Selamat Ulang-bulan Pertama 10.12.12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhamdulillah hari ini 10 Disember 2012 bersamaan kalau dihitung hari nya samalah dengan satu bulan tempoh saya dan dia disatukan. Tarikh paling ditunggu sepanjang kami berkenalan. Hari "aku terima nikahnya".

Sepertimana semua orang tahu. Bila kit dah punya seseorang. Apa lagi yang kita mahukan? Tentulah bernikah dan punya hubungan yang sah. Sama lah juga saya dan dia.

Tempoh perkenalan kami pendek saja sebelum kami decide untuk "tanya ALLAH" dan jawapannya saya rasa anda semua pun tahun bukan, jika bukan kami sesama adalah jawapannya mana mungkin ditautkan dua hari menjadi satu. Jawapan dari persoalan hati itu saya terus panjangkan dengan satu ikatan yakni pertunangan. Pertunangan yang sesenyap boleh hingga kalau tak kerana kesilapan gambar, mungkin hingga saat kami nak bernikah baru orang tahu kisahnya.

Kurang setahun berlalu. Kurang lebih 11 bulan. Akhirnya bersatu juga kami dengan lafaz ailebiu ehh silap lafaz "aku terima nikahnya". Terus terang saya katakan. Kami tak punya banyak masalah sepanjang bertunang, cuma cabaran terhebat bagaimana hendak dijaga batas batas hubungan selagi belum sah menjadi suami isteri. Malah saya pernah cakap, kalau ada yang lebih baik dari saya silakan. Saya takkan menghalang. Tapi memandangkan ini jodoh ALLAH, kami jaga dan bendung mana yang tak patut tu sebaiknya. Alkisahnya itu dulu la. Sekarang ni saya pasti akan jadi yang terbaik walau dalam sekecil kecil hal.

Tempoh Semakin dekat dengan hari nikah saya belum pernah cerita kan? Ini saya petik sikit apa berlaku dalam jangka masa terdekat tu. saya selalu sebak tak kira waktu bila terkenang diri dan dia bakal disatukan. Tapi bukan faktor "lama menunggu" tapi sebab saya takut andai masa nanti saya tak mampu pikul tanggungjawab nya. Selain sedar yang selepas ini saya adlah ketua keluarga juga bakal menanggung dosa dosa isteri dan anak. Takut jadinya. Jadi saat sebak inilah masa saya gunakan memohon ampun dari ALLAH moga dihantrkan saya ke status baru ini dengan sebersih bersihnya dari dosa dosa agar saya bisa membina hidup baru dari titik kosong juga. Amin.

Hari nikah. Sebaik selesai akad nikah. Deme nak terus dengan sesi membatalkan air sembahyang. Tapi saya minta izin untuk kami bersolat sunat bersama. Kata makciknya, "haa dah solat sama deme batalkan je la air sembahyang kat dalam tu".

Inilah antara moment paling penting dalam hidup. Solat pertama sebagai suami. Solat pertama sebagai imam sebuah keluarga. Solat dia yang pertama saya imamkan. Permulaan yang saya doakan adalah permilaan baik yang bakal membawa yang baik baik dan diakhiri dengan baik juga. Selesai bersolat kami berdoa. Waktu ni la empangan pecah. Saya memang dah tak boleh tahan. Entah knapa moment ni ALLAH cuit hati saya. Sepanjang doa ianya berlaku. Saya toleh belakang dia pun sama. Saya tanya kenapa awak nangis? Katanya dia tak tahu. Kami bersama mengaminkan doa yang saya bacakan. Sesudah selesai, saya pusing dan bersalaman dengannya. Gayat rasa masa tu. gigil juga katanya. Orang yang diluar pula dah ketuk ketuk pintu. Mungkin lama gamaknya kami kat dalam kan. Semasa solat pun dah diketuknya. Tapi mana tak lama. Dah solat, doa yang panjang, nak lap air mata dia lagi, pujuk dia lagi? Memang amek masa. Sampaikan bila keluar ja merah merah mata. Dah kena perli denan jirang terbaik diseantero dunia belog tu. tettttt

Selanjutnya tak perlu lah saya khabarkan. Sebab rasanya dah pernah update alkisah majlis kami kan. Cuma
Masih nak panjangkan rasa syukur pada ALLAH atas kiriman kasih sayang yakni sahabat sahabat yang hadir juga pada majlis tu. walau dari jauh, bersusah dengan bus, dan memacam lagi la. Terima kasih banyak kami ucapkan. Kami x mampu bagi apa apa cuma mampu doa anda juga bertemu kebahagiaan anda. Dan hidup
Sentiasa bersama redha ALLAH dan diberkati ALLAH.

Buat Puan Nadzri,
Selamat menyambut hari ulang-bulan pertama kita. Semoga ALLAH terus limpahkan kita dengan kasih sayang, terus berkati perkahwinan kita, terus hadirkan rasa cinta kita pada DIA yang terutama kemudian pada yang sepatutnya kita cintai, moga dirahmati sentiasa perkahwinan ini dan dilorongkan kita ke jalan takwa agar kita dapat lengkapkan separuh lagi sesudah nikah yang melengkapkan separuh agama seperti kata Rasulullah. Doa saya juga andai dikurniakan kita permata hati, jadilah dia seorang soleh solehah yang taat pada ALLAH, menjalankan perintah dan menjauhi larangannya, mendengar kata juga taat juga pada kita selaku ibu bapa dan akhir sekali moga dia menjadi para tentera ALLAH yang berjuang menegakkan panji IsLAM dibumi bertuah ini.

Juga, trrima kasih buat awak yang menghadirkan perasaan yang baik tiap kali saya ada dengan awak. Menggembirakan saya, membahagiakan saya dengan munculnya awak. Moga ALLaH sentiasa pelihara awk, lindungi awk, jaga awk dari sebarang kejahatan manusia dan bencana. Amin yarabbal alamin. Ai leb yu lah awakk.

P/s : every moment counts. Tapi takkan saya nak update selamat ulang minggu , ulang hari ke ulang jam plak kang? Kang ada plak yang banned blog sy ni kan? Hihi

11 comments:

Anum said...

selamat ulang tahun

kiera'sakura said...

#LapAyaqMata sobsobsob

amin2 ya rabbal alamin. takde kata yg mampu saya ucapkan. kalau ada depan mata boleh jugak nak interaksikan melalui sentuhan ;)

aimie amalina said...

sweetnyeee ;D

ase mimi plak yg sebak bile bace nihh...


hehehe.. selamat hari bulan tahun! buat nanadh dan kirachan! ;))

Iffah Afeefah said...

hahaha ade jugak ai terselit di situ

ingt da ade akak lupe da jiran wuwuwuw

#gedik nk tacing

CekbOlat-bOlat said...

wahhh slmat ulangthun prkhwinan akak :))

aDisH.sHidA said...

semoga ampa berdua kekal bahagia...

TiranaAduka said...

salam
Adakah itu gambr tuan punya blog ini?

Salam kenal dari tirana aduka

Cik Puce said...

aloooo suweetnyaa Mr and Mrs Nadzri ni..ehee

Ruzzezanie said...

dah kenapa mentik sangat ni?? so suwit la kira panggil puan nazdri. suwit sgt!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bestnya kehidupan setelah menjadi yang halal...

doakan kami dengan sidia dipercepatkan jodoh dan dipermudahkan segalanya yer...

paling penting murah rezeki ;)

Yana Sakura said...

Amin Ya Rabb :) InsyaAllah..semoga semuanya kekal dan bahagia sehingga ke Jannatul Firdaus..

Maaf xdpt dtg majlis along aritu..
btw, Selamat Ulang Semua Bulan Along Nadh n Kak Long Kiera!! (nie ucap utk selamanya..hehe ^_^

Buta+Pekak+Bisu=CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...