Followers

Saturday, 31 March 2012

Fan Page Celebration Giveaway!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Abg Eq wat GA lagi. Meh la jejoin sesama.

Dah like belum page bagi abg Eq? Meh like sesama meh? Wat ramai la ye. ?

Ni ha kat bawah adiah yang disediakan oleh Abg Eq.



Sebelum tu kena click LIKE kat SINI. I'm num 149.

Winners will be pick randomly via Random.org.

nak join? Click kat SINI ye?

5 Penyesalan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni saja nak share-share email yang Nadh dapat tadi. tentang 4 penyesalan dalam hidup. Meh tengok meh.

 

4 Penyesalan la tu apa yang dia nak cita tu, tapi Nadh rasa nak tambah satu lagi leh?
PENYESALAN SELAMA-LAMANYA.

- Selama hidup, hanya mengumpul dosa bila mati bersemadilah dengan tidak aman dalam kubur di hentam sesedap rasa oleh malaikat yang menghukum kita. Kemudian, selepas di timbang amal di mahsyar, dihukum selamanya di dalam NERAKA JAHANAM.

Bukankah ini PENYESALAN UTAMA buat kita? Sedangkan ALLAH dalam Al-Quran dah sebut dah,
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadiid : 20

Tapi berapa ramai je yang mengambil peringatan kan?

Hidup sekadar mencukupkan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhir bulan sudaa~~ pejam celik-pejam celik dah nak masuk angka 4-2012. Dalam menghadapi satu per empat bulan ni,apa input penting hidup.anda?

Ada yang berkongsi cerita nya dengan Nadh. Ada kisah gembira, pulang ke tanah air dan.akhirnya satu kembali.dengan keluarga, ada yang berduka lara, dan ada juga yang hadapi keduanya sekali.

Perkara pokok semua adalah berterima kasih. Andai kata perkara itu seseronok orang lain pun ia bukan bererti kita bisa menyalahkan. Belajar berterima kasihlah pada ALLAH. Ada orang tak kaya, tapi hidup pun tak prnah susah, tak plak la tak cukup makan, segalanya cukup. Itu.tandanya ALLAH da sediakan.semua.keperluan.

Ada yang cakap hidup tak cukup, susah, cubalah belek belek kiri kanan kamu, apa yang kamu ada? Kereta, apa yang kamu guna? Berbaloikah dengan apa yang kamu mampu atau adakah kamu.turut tumpas dengan dorongan nafsu mendapatkan apa yang patutnya bukan untuk kamu? Cthnya : wira, mampu brjalan bukan? Kamu juga sekadar bersama isteri dan seorang anak saja. SANGAT CUKUP dan SELESA semua. Tapi yang dicari sebuah SUV besar dengan perlu berhutang ratusan ribu, HANYA SEBAB NAK BERGAYA, akhirnya tertangkup pening memikirkan kos hidup yang tinggi dan tak pernah cukup. ITU BARU CONTOH KERETA, YANG LAIN??

Hidup ini jika sekadar mencukupkan keperluan mudahlah ia, tapi andai nafsu menjadi santapan, mati!
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 29 March 2012

Perihal semalam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam :
Boss baru : korang ok x kerja kat sini? Ada mslh tak?
Abg Madi : takdelah abg. Ok je kitaorang.
Boss baru : keje teruk tak?
Me : takdelah, standard kerja la.
Boss baru : korang kalau ada masalah gtau aku, cepat la, jangan dah teruk baru gtau aku ae.

Lepas tu :
Boss : abang ingat kepas project jalan, abang tarik diri la. GSI lagi best dari sini kan?
Me : aah betoi la abg.
Boss : sini pressure ja, gaji pun sama je macam kat sana, cuma lagi pressure ja. Sana kita rilex ja, happy je.
Me : agak la. Abg once jalan je, kabo sy, terus sy apply resign. Sy support abang nt.
Boss : tunggu jalan dulu, penat abg nk turun utara selalu nanti, ang jaga la sana nanti. Deal apa suma.

Dua scenario petang semalam. Situasi berbeza. Yang baru bertanya teruk tak kerja sekarang. Dijawab tak.sebab memang rasa tak sangat pun. Kerja dulu, berat, sekarang ringan sebab supervise ja. Tapi lain.dengan management yang kena menjawab sakan. Pressure company, customer lagi.

Apa pun, di mana pun kita, ALLAH x pernah ilang dari sisi. Berat ujian, dan tabah hadapi, maka sebatilah kita dengan kesabaran tu, sepertimana kuatnya si pengangkat besi yang hari-hari bekerja untuk menjadi kuat, berotot. Mula mungkin berat, lama kelamaan dah biasa, langsung tak rasa apa. Diri sudah lali dengannya.

Hati yang sabar itu, hati yang kuat. Lebih hebat kalau makin sabar makin dia merapati fitrah manusia yang bergantung pada Ya Rabb. Bukankah semua ujian itu penghubung kasih sayang antara kita dan DIA.

“Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”( Al-Kahfi : 28 )
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 28 March 2012

Wordless Wednesday #ww42

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nmpak apa yang Nadh nampak?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wordless Wednesday #WW41

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Bagai Pinang dibelah belah di kacip kacip, di hentak di ketuk, di pijak, di sepak, di steam roll, di letup2. kan?

ngiahahahahahhaha. :P

Bicara pagi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Perjalanan hidup itu unsangkarable kn?

Kita sering meneka, merancang dan memilih, namun segalanya bisa berubah sekejap sahaja. Macam diri sendiri yang berubah-ubah juga. Plan asal menyebabkan yang tinggal bersusah. Tapi apakan daya bukan? Kita pun x minta macam ni. Akhir skali orang kuat juga la yang kena patah balik.

Ibarat cuaca yang bermacam karenahnya juga lah. Mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tapi hujan yang turun itukan rahmat. Jangan menyesal dengan hujan itu.

ALLAH knows best. !
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 26 March 2012

Dunia ditangan. Akhirat Di Hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat malam isnin pada semua. Malam ni Nadh cam kurang rajin, tapi rasa nk kongsi sedikit info juga deangan readers. Leh kan? Semalam Nadh beli satu buku dan isi dia sangat berkesan untuk jadi perkongsian dengan readers. Tapi biarlah pelan-pelan ianya dikeluarkan.

Cuma malam ni Nadh suka nak share satu hadis yang sememangnya kuatkan lagi hujah Nadh yang kita ni sebenarnya sangat beruntung.

Dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"iblis berkata pada Tuhannya : demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka'.

ALLAH SWT menjawab :
'Demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan dariKu.' (Riwayat Ahmad)

Apa yang mudah yang hendak disampaikan mudah. Mintalah keampunan ALLAH kerana Dia sememangnya bersedia mengampunkan. Tapi harus diingat wahai readers, hingga tiba masa nyawa sudah tiada lagi dijasad, tiadalah berguna lagi permintaan itu.

Ambillah peluang selagi mana diri masih bernafas. Ajal tidak kenal tua dan muda, tidak tertanggung walau sesaat pun. Kita lambat kita lah yang rugi.

Hidup itu pentas, dunia itulah layarnya. Kita pelakonnya, dan ALLAH pengarah besar. Anugerah akhir itulah syurga yang menyenangkan dan pengakhiran paling teruk itulah neraka yang sangat berat azabnya. Pilihlah nak jadi pelakon terbaik dengn mengikut script yang tersedia ( Islam seluruhnya, Al Quran rujukannya, dan amal makruf nahi mungkar ), atau pelakon paling buruk dengan berdepan penghinaan ALLAH disana nanti dengan melawannya.

Jadikan Dunia ditanganku, akhirat dihatiku. Ditangan itu bisa dilempar, tapi dihati akn selamanya disemadi dalam diri. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 25 March 2012

Cerpen | Cinta Antara Kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Sudahlah Yuyu. Dia bukan untukmu. Sabarlah. Bukankah janji ALLAH itu sememangnya benar. Kita manusia sahaja yang mempersiakannya. Keterlaluan hingga ada pula yang tersasar dari jalan cinta yang sudah tentu bukan untuk kita. "

"Aku tahu Yaya, tapi aku tak sangka dia akan kecewakan aku sampai macam ni. Aku sedih Yaya. Sedih sangat sebab dia sanggup buat macam tu dekat aku. "

 "Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau Yuyu, aku sendiri pun tak faham kenapa dia buat macam tu, tapi itulah, macam aku kata, kita hanya berkahwin dengan jodoh, bukan cinta kita. Jodoh itu ketentuan ALLAH, tapi cinta kita itu pilihan kita, sebab tu kita tak dibenarkan bercinta sebelum berkahwin, sebab cinta yang terdorong pada yang bukan sepatutnya bisa merosakkan, tengok diri kau sekarang"

Aku tak tahu Yaya, Aku tak tahu. " Sambil menangis teresak-esak.

Yaya yang dari tadi sibuk menasihatkan juga turut tersebak sekali. Tidak pula dia menyangka yang Hanif akan putuskan hubungannya dengan Yuyu. Padanya keduanya dah macam merpati dua sejoli, kemana sahaja berdua, macam dah kena gam gajah je keduanya tu, berkepit je ke mana pun.Apa pun, ini adalah apa yang telah dimaktubkan di luh mahfuz semasa mula kita diciptakan. Perjalanan hidup yang sudah pasti mengikut susunan ALLAH , malah tiada yang dapat menghentikannya, juga mengubahnya. Membuat diri tersedar betapa kerdilnya diri yang hanyalah merupakan hamba kepada Tuhan yang Esa, yang sememangnya satunya yang tak tidur, tak lalai sebagaimana kita iaitu manusia.

*************

"Eh kenapa semacam berdegup hatiku selepas melihatnya? Adakah dia yang ku tunggu selama ini"

"Dia ke orangnya? macam tak percaya? kencangnya degupan hatiku ini? " Pertanyaan itu bertubi-tubi menyapa hatinya. Memungkinkan dia untuk jatuh cinta buat pertama kalinya dalam hidup. Setelah lama akhirnya diri terdetik untuk mendekati satu perhubungan.

Bertahun berlalu selepas perjumpaan pertama itu yang mengikat hatinya  untuk mendekati si dia. Namun, tidak ada kekuatan buatku untuk mendekati si dia, hanya hati yang berdoa agar diri dipertemukan dengannya

Cinta ini terusan di bina dalam diam. Sebagaimana cuba di amati cinta yang bersenikan diam Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang bertaut satu masa dahulu. Bagaimana keduanya menyimpan rasa. Ali dengan rasa rendah dirinya kerana diri yang tidak punya apa-apa juga merasakan dirinya jauh dibandingkan dengan para sahabat lain, dan Fatimah yang mendiamkan rasa. Namun akhirnya bersatu juga. Walau dugaan penuh hebat menimpa cinta itu.


*************

"Ala abang ni.. tipu aaa.. tanak kawan dengan abang."

"Alaa abang memain ja la sayang, nanti abang watkan la. " Hazlan memujuk.

"Tanak. tanak. Abang tipu."

Afzal terkedu. Langsung tak menyangka yang insan yang berada dihadapannya itu adalah gadis idamannya selama ini. Yang didamba selama ini sekarang ini sedang bermesra dengan seorang lelaki. Dihadapannya, dan benar-benar mengejutkannya, dengan panggilan dan lagak ibarat sepasang yang sangat erat hubungannya. Nampak lain benor rupanya kedua mereka, berpegangan tangan, bergelak tawa seperti terlalu rapat. Tiada lain melainkan hati yang punah bila melihat keduanya dihadapan mata. Harapan tinggal harapan. Dalam hati seakan tak percaya, yang dia sebenarnya sudah gagal kerana tidak bertindak.

*************

"Ibu dah beri cukup masa untukmu. Sekarang kamu dah kalah, rasanya dah tiba masa untuk kamu setuju dengan cadangan ibu dan ayah kamu ."

"Saya rasa begitulah ibu, ada seseorang yang ingin sekali saya dekati, tapi tiada keberanian untuk mengaku hati sudah jatuh terpaut kepadanya."

"Ada rupanya, jadi kamu mahu ibu pergi mendapatkannya tak ni?"

"Tak apalah ibu, hari tu saya nampak dia bersama dengan seorang lelaki, rasa nya mungkin itu suaminya, tak mungkin dpat saya bersama dengan orang yang sudah berpunya."

"Kamu pasti kamu takkan menyesal ye? mana la tahu itu abangnya ke?"

"saya pasti ibu, kita proceed je dengan plan ibu ye?"

*************

"Yaya, tak sangka kau akhirnya dah nak bernikah. " Gelak Yuyu.

"Ala, kau ni, macam la aku je. Kau pun minggu depan bukan? "

"Aku tahu, tapi aku tak kenal dia, langsung tak kenal dengan siapa bakal suamiku itu. "

"What? biar betul kau? Habis tu kenapa kau boleh terima dia? "

"Abang Hazlan yang suruh terima, kami sesama buat istikharah, dan sama-sama dipertemukan dengan jawapan yang orang itu selayaknya aku terima sebagai bakal Imam hidupku. "

"Abang Hazlan pun turut beristikharah? "

"Ya benar, kau bukan tak kenal abang aku tu kan? Berani plak dia serahkan adik dia kat orang yang dia tak kenal.? "

"Aku doakan kau dan dia akan berbahagia ye. "

 "Aku juga doakan kau akan berbahagia bersama Am tu. Dia orang yang baik, Aku pasti dia akan bahagiakan Yaya aku ni. " Ucap Yuyu sambil tersenyum penuh makna.

*************

"Abangg... cakap nak masak malam ni. Mana dia Nasi Cabonara Cheese Kukus versi Chef TheLight tu? "

"Ehhe, kejap la. abang nak update belogsukasuki ni kejap, ada entry baru nak up ni pasal Blogger Retis vs Blogger Bajet Retiss. Jap ae? Jap ae? " 

" Majuk kanngg~~ "

"ye lah, ye lah, ye lah.. " Afzal terus bergegas ke dapur. Dalam hatinya bermonolog. "Tak ikut kang meleleh plak la air liur anak dalam perutnya tu." Sambil tersenyum.


Setahun berlalu. Tiada yang mampu kuucapkan melainkan kata-kata penuh kesyukuran setiap kali melihat perutku yang membulat berisi Baby Daniel yang bakal kulahirkan beberapa bulan lagi sekiranya masanya mengikut schedule doktor. Langsung tak ku duga, ALLAH mengirimkan pesanan bahawa kasih dan sayang itu sepadannya ditautkan melalui perkahwinan, kerana tiada yang terindah dapat di ungkapkan tika itu, bila walau sekecil melihat dirinya sudah cukup memberikan pahala berlipatkali ganda buatku.


Cukup setahun kami bersama. Aku menangis bila tiap kali mengenangkan betapa sayangnya dia kepadaku. Tidak berbelah bahagi kasih yang dititipkan. Aku bersyukur kerana cinta diam nya itu akhirnya berbalas juga dengan penerimaan keluargaku, dan aku akui, cinta selepas itu lebih manis kerana dia begitu menghargai aku. Masa silamku? cukuplah ianya menjadi satu cerita kebodohanku dahulu. Biar kini aku menuai cinta bersama dia suamiku tercinta. Lebiuu lah sayangg~~~


Note : Cinta mereka bertaut selepas kahwin, bukankah itu yang lebih manis buat mereka? Juga buat semua. Cinta itu pasti ada buat kita, tak pernah ALLAH berlaku walau sedikit tidak adil buat kita. "Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Dia.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Terbaca satu komeng tadi. Katanya jangan dilupakan dia walau dalam kesibukan itu. Dan sila jaga diri.

Owh terasa tertacing-tacing di situ. nak tahu siapa dia? Dia tu seorang kakak bagi saya. yang selalu menasihat, yang memberi inspirasi untuk menjadi lebih baik sebab dia tu selalu aja masak yang sedap-sedap tunjuk kat adik dia ni.

Saya kagum tau bila lihat dia yang begitu sayangkan keluarga dia, suami dia, Owh saya sangat kagum bila lihat seseorang yang family type tu. Yang begitu beratkan anak-anak. Mungkin itu juga sebabnya saya leh rapat dengan macik tu kan, dia pun macam tu, siap nenangis nak berpisah dengan anak-anak. Macam mana la agaknya kalau saya pinjam seminggu bawa balik KL bila kami terpaksa PJJ nanti ye? Okeh, solusi terbaik adalah dapatkan 2 skali (kembar), lepas tu sorang amek satu. Mana adil kan kalau dia dapat saya tak dapat. 

Kakak saya tu kan, dia tu ada bakat terpendam dalam penulisan. Paling saya suka sebab saya dapat liputan khas cerita dia tu. Ramai memuji hasilnya, termasuklah saya. Owh terasa rendah diri betul la bila membandingkan dengan karya saya, tapi dia kan akak, mesti la kena lagi baik dari adik kan? Okeh tak jadi nak jeles dah dengan dia. 

Kekadang kan, saya takut juga nak dekat dengan dia. Bukan apa, saya kan orang asing, tanak kang ada plak la yang cer cuba nak menjahanamkan persahabatan adik n akak ni, tapi fikir balik, asalkan kita ikhlas bersahabat, tak salah bukan, biarlah apa orang nak kata. Bukankah yang terbaik tu bila kita saling berpesan-pesan antara kita. 

Jadi doakanlah akak saya tu sentiasa berbahagia bersama suaminya, dan putera puterinya akan menjadi bak permata yang paling bersinar di dunia ini, juga anak soleh solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ummi dan ayahnya sampai bila-bila. 

Aminkan bersama saya ya? Terima kasih.


P/s : ntah kenapa teringat kat dia , sampai terbawa ke mimpi yang pelakon utamanya, dia suami dan anak-anaknya. Moga-moga satu hari nanti kami dipertemukan.

Lelain di dunia, lelain di alam maya?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

baru pulang dari berjumpa jiran dan Opahnya tadi. wahh. dah lama ingin bertemu, jumpa juga ya akhirnya. Kata Mimito tadi, laa, camni rupanya Nadh.

Balas jiran , ha memang pun, lain kan dari dalam belog.

#eh ya ka Nadh lain dalam belog dan di reality? Rasanya sama ja la. Ada pernah juga Elly tego, Nadh ni split personality, berbeza sangat.

Yang kenai tu, tak kan? tak kan? *sedapkan ati sendiri,

Suasana baru, sekali lagi mula dari KOSONG

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Selamat hari Ahad. Hari minggu yang indah bagi yang baru mula kerja macam Nadh ni. (Ehhe, buat macam sbelum ini tak kerja plak kan?) Maksud Nadh baru nak kerja la. Sebelum ini macam tak berapa sangat, sekarang ni baru terisi masa ni betul-betul.

Last time masa dengan kawan-kawan baru, kena la perli, "mesti ko tensen kan, kena kerja trok macam ni, sebelum ni masa kat sana mesti tak teruk macam ni kan? "

rasanya macam tu juga la teruknya lebih dari hari tu, tapi ini kan hidup kan, bak kata sorang kawan lagi, 
"engineer tu kerja teruk demi untuk memudahkan orang lain.". To be honest kan, rasa macam betul je quote tu. It ain't that bad if you knw how to create a great environment. Percaya tak Nadh kata, seteruk mana pun apa yang kita rasa teruk tu, tapi kalau kita rasa ianya menyeronokkan, kita pasti takkan rasa apa-apa? 

Sebagaimana ALLAH turunkan ujian pada kita, jika kita tahu yang Ujian itu adalah pentaut kasih sayang ALLAH kepada kita, pasti kita syukur kerana kita masih diuji, sebagai tanda ALLAH itu sayangkan kita. Hati yang diuji itu lah selalu hati yang paling dekat dengan ALLAH, sebab mereka merintih memohon ALLAH permudahkan cara, persenangkan jalannya. Sedang hati yang terlalu dengan kegembiraan itu, kadangkala (tak juga la, SELALUNYA ), adalah hati yang terdedah kepada kufur nikmat, yakni kufur dengan pemberian itu. Sedar atau tidak, berapa ramai yang ingat pada ALLAH bila mereka senang?

Satu lagi yang perlu kita ingat, sebagaimana teruk pun suasana kita sekarang, janganlah kita melupakan tanggungjawab utama kita terhadap ALLAH, tak sangka, sekali lagi Nadh terpaksa hadapi situasi tu. Kerja sampai tak ingat ALLAH, nampak gayanya kena mula sekali lagi nak hidupkan suasana tu. 

Moga-moga ALLAH tunjukkan jalan hendaknya. Amin.

Friday, 23 March 2012

Me-layu yang Meloyakan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni mungkin jadi malam ke tiga ni nak kena attend tempat sama dan settlekan kerja kat sana. Nak wat macam mana kan? Tugas memaksa Nadh pergi juga.. Walaupn dalam hati berharap tak jadi malam ni. Dh mula rasa tak sedap badan ni. Ni mesti sebab main hentam jalan je kan, tak cukup tidur, panas terik sangat, minum air ice, pastu duduk dalam suasana aircond yang sangat sejuk then terkejut kena panas, lepas tu badan da mula rasa lain macam.

Umm, Nadh nak kongsikan pengalaman Nadh selama 2 hari ni dengan readers. Pengalaman yang buat Nadh rasa malu sebenarnya, tapi biarlah readers turut sama merenung apa yang Nadh dapat 2 hari ni semasa kerja dan berjumpa dengan orang kat site.

1. Mula sekali Nadh nak cerita Nadh jumpa pakcik guard dekat site. Dia kongsi la pengalaman dia kerja kat Puncak Athenaeum tu, dan yang memalukan tu, dia kisahkan perihal MELAYU yang Me-Layu sekarang ni. Pasangan yang berhubungan seks haram. Katanya slumber ja bawa balik lelaki, malah, malam sebelumnya diorang cerita pasangan tu memadu kasih dalam kereta sebelum perempuan tu balik rumah dengan disaksikan oleh Engineer P1. Nadh cuba la tanya, "napa abg tak sergah je?", jawab dia, "aku nak sergah apa nya, aku lalu pun tak sedar, tengah melayan sedap la tu." . tergelak, tapi temalu sgt sebab guard tu uncle yang berbangsa India.

2. Kisah kedua adalah perkongsian Engineer P1 yang sorang lagi. Juga berbangsa India. Dia cerita la, dia pergi pub hari tu. Satu pub Me-Layu tu dia cerita. Lagi hebat dari pub lain. Katanya, kalau tak dia pergi pub menari, tapi sebab terpaku sangat, dia hanya mencangak ja melihat perempuan Me-Layu kat sana.
"Ko tahu tak bro, gle cantik diorang kau tau tak? Sexy gile. Macam model sorang-sorang. Ko pernah tengok tak Cina punya dressing, diorang lagi hebat. lagi sexy, ." Ini apa yang dia kongsi. Lagi dia kata, "kau tahu tak, diorang minum liquor, yang mahal tu ko tau tak, harga 300 ke atas tu, atas meja tu ada 2-3 botol, slumber je diorang teguk, ko tau, liquor tu kalau nak minum kena tambah air dulu sikit baru minum, tapi awek tu slumber je, tuang je dalam cawan trus minum, gile power aa.. " .

Masa dia cerita tu, dia ulang banyak kali sangat pasal awek Me-layu tu. Nadh rasa malu sangat. Me-layu Islam berperangai macam tu, sampaikan India buka cerita pasal mereka. Apa yang India akan fikir, bukan Me-layu nama buruk , tapi akan efek Islam yang betulnya.

Tak rasa malu ke ae? Sana-sama berdoa depa tu insaf. Amin..

~sighh~~

Thursday, 22 March 2012

Jiran dah ber [DOT] COM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini entry exclusive ni. Ahaha. Sebelum tu kita tengok la dulu print screen kat bawah ni. :


Nampak kan?

Nak gtau, JIRAN Nadh dah ber [dot] com sekarang.

Ucapan TAHNIAH berbilion kali kat dia atas kejayaan ni. Tiada lagi dari Nadh melainkan Mendoakan dia akan terus maju jaya lepas ni. Dengan entry yang lagi kebaboom.

Pada yang lum LIKE page dia, leh berbuat berkenaan dengan click kat SINI. Nak pollow belog dia, dipersilakan click dekat pic atas atau click ja dekat SINI.  Dijamin TAK RUGI.


P/s : Jeles ng dia, rajin menaip cerita, Nadh ni da lama tak berkesempatan, ng kurang berjiwa nak berjiwang. ehe. Doakan Nadh juga. :D

Tuesday, 20 March 2012

kL dari Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

22 tingkat dari bumi, dan di atas Bukit Antarabangsa ni. Bukan saja nampak kota pesat dengan lampu berkerdipan, tapi bukit menghijau di sebelahnya. YA ALLAH, sesaknya kota ni. Kereta macam anak semut bergerak di jalanan.

Kecilnya diri. Menyedari kebesaran ALLAH Yang Maha kuasa. Sebesar-besar bumi dikurniakan buat kita. Apalah sangat kita ni, sedang bumi pn mudah je dia kalau dia nak musnahkan.

insaf !

Kau ingat kau siapa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sebelum tidur malam ini, teringin rasanya hendak bermuhasabah diri. Kau ingat kau siapa?

Kau kata kau lawyer? Doktor? Engineer? Ustaz? Pelajar? Isteri solehah? Lelaki budiman? Adakah semua jadimu itu dengan berlandaskan jalan Islam yang telah ALLAH tetapkan? Atau hanya sekadar penyedap mata sekalian hamba lain yang turut diutuskan dengan satu sebab utama juga di muka bumi ini?

Waktu kau bertugas adakah kau memandang tugas itu sebagai amanah ALLAH? Kau bertugas mengikut landas tugasmu, tapi apakah terjaga tiap susunan langkahmu itu dengan ingatan kepadanya? Kau begitu sibuk dengan tugasanmu, tapi adakah bila tiba masa untuk kau 'punch card', kau tepat hadir pada masanya? Atau kau terlepas tugasan 5 seharimu, kemudian memberi alasan tidak sempat bg menutup salahmu? Kau ingat kau siapa?

Kau juga lalai ketika bertugas. Bukankah disamping dunia, kau juga sedang membaja kejayaan akhirat? Tapi kau lupa anak anak buahmu yang masih lagi belum bertemu hidayah. Kuasamu yang patutnya kau guna tika ini, disimpan buat buah maki hamun apabila sudah ada 'point', tak salah kau menegur aurat orang bawahanmu, solat mereka, zakat yang mgkin tertunggak bg mereka, tapi adakah kau bertindak? Kau ingat kau sapa?

Kau memegang amanah. Tapi mudah benar tersimpang bila nota Ringgit Malaysia dihulur kepadamu. Malah kau juga tanpa segan silu 'paw' si insan lemah dengan kuasa yang kau ada. Yang kau mahu, kaya, tapi kau lupa azab di sana. Ow kamu, satu titis nila mampu rosakkn sebelanga susu, kau suka bukan? Tapi kau terlupa ALLAH tak pernah trlepas pandang walau sehelai.daun pun yang jejak ke tanah, kau ingat kau siapa?

Semua dalam.dunia adalah terbaik. Waktu kita keluar dari tempat simpanan, dan berebut-rebut antara berjuta untuk menjadi pilihan didalam telur, kita semua ciptaan ALLAH adalah yang terbaik. Sebab tu ALLAH pilih manusia sebagai khalifah di muka bumi. Cumanya yang menentukan semua itu adalah diri sendiri aa, terbaik di mata manusia dan dilaknat ALLAH atau terbaik di mata ALLAH untuk menjadi antara permata paling berharga atas muka bumi ini.

Ingatlah, wLau sezarah.dosa pun tak terlepas dari balasan ALLAH, brtaubatlah sebelum.terlambat! !
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 19 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Ayam Kismis Berempah Versi GIGIH

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Owhh malam ni kita sembang sal makanan boleh tak? Ini apa yang Nadh hasilkan semalm sebenarnya. tapi tak sempat nak wat entry, so malam ni kita kongsi la ye?

Ayam Kismis Berempah versi GIGIH

Resepi asal tok guru versi DAGING kat SINI.

Bahan-Bahan :
Ayam
Kentang
Kulit kayu manis
Bunga lawang
2 camca cili kisar

1 1/2 camca besar kicap pekat
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam

Bahan Blend secukup rasa - Nadh GIGIH jadi Nadh tumbuk dengan penuh perasaan
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam kismis kuning
2 batang serai, hiris halus
1 camca besar bawang goreng
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar


PRE : Mula sekali kita potong la kentang tu , lepas tu rendam then goreng sampai dia kuning. Tutup api dan letak tepi.

Cara-Caranya.:
1. Guna minyak kentang tadi, Tumis kayu manis, bunga lawang sampai naik bau. Lepas tu  masukkan cabai giling tu. Biar seketika sampai cabai tu masak.
2. Bila tengok cili masak, masukkan bahan kisar halus tu. kacau-kacau sampai nampak pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sampai ayam tu kecut, lepas tu tambah kicap pekat, air dan asam gelugor tu. Biarkan sampai ayam masak dan kuah sedikit pekat.
4. Dah nampak ayam masak tu, letakkan kentang yang dah digoreng tadi. Letakkan la garam sikit secukup rasa.
5. Dah ok. leh tutup api dan hidang.

Selamat mencuba.


P/s : Sebab nama dia GIGIH, Nadh da jahanamkan blender, lepas tu terpaksa rela la menumbuk sampai abeh suma bahan kisar tu, banyak tau. PENAT !

Kerana mulut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Duhhhh kecewa sungguh bila buah hati ni jarang dapat perhatian sekarang. Ni suma pasai budak-budak sengal tu lah. Eee da la sengal, sengal lak tu. Hihihi

Umm dah lama x naip, janggal plak rasa. Bukan apa, tak reti bagaimana nak mengorak langkah, membuka bicara, bermadah kata dalam ni.

Bab cakap ni entah, no komen, cam kemarin :
"saya pn tatau la abang, kerja macam mana lagi. "

"ehh, kau datang la kerja tempat aku, buat sale. "

"sale? Erkkk. Tamau la abg, tak reti la,. "

"bila lagi nak gaji 5-6k sbln?"

"ehhe x pa la abg, x reti nak cakap. "

"elee kau ckp je, konon la tak reti. mulut kau tu leh tahan jugak. "

Ni entah yang keberapa dah. Sblm ni kt tempat lama asyik kna jugak, bab nak amek ati, cakap lelembut dgn customer memang lepas kat nadh aa. Ntah la. Rasa besa ja. Ntak kat mana la depa nmpak menda tu. Alasan depa bila ditolak,
"alaaa PR ang elok sikit. . . "
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 18 March 2012

GATH | Kami... GBS dan kami sssseeeengalllll~~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nak hapdet la ni. Entry pasal gath semalam. Gath Geng Blogger Sengal. Fyi, semalam diorang buat gath dekat Times Square. Nadh mulanya memang dah nak pergi, tapi lepas tu ada masalah poblem plak, tak dapat nak g, ye la si Senior Engineer (SE) ajak g site plak semalam, ada cut over. So memang dah putus harapan nak pergi sebenarnya semalam. Tapi besa la kan, "di mana ada kemahuan, di situ ada highway kan", sebaik ja SE keluar ayat, "cut over ni tak banyak la aku boleh ajaQ ang, so aku rasa kalau ang nak balik pn, aku boleh lepas balik dah ni.". well, mencari peluang kan, elok dia sebut, terus gtau nak balik. ahahaha,

Tapi dah terlambat aa, masa tu dah kul 3 tau. Nadh terus bergegas ke TS. Tapi behenti dulu kat Tol Batu 3 tu sebab tak solat Zohor lagi. Lebih kurang sampai kat TS tu dah dekat kul 4 camtu aa. Sampai je terus g cari adiah. (*semua wajib ada hadiah tau, so kita pn cari la, kang tak adil plak kann)

Dan lepas da selesai GK call, dia tanya ada kat mana. Dan kebetulan la, kedai adiah tu dan Taste of Asia dekat . So terus ja Nadh g lepas PAKSA GK mai jemput depan tu. ehehe. *konon memalu la nak p kan. (memang memalu pnnn~)

Ni part-part yang Nadh miss.
Beboy GBS

 Gegurl sekalian

Tak puas ati tengok gambo ni. lambat setengah jam ja kot. sampaio ati. T.T

Next station : Taste of Asia
 Sebaik suma tiba, tok ketua pn mencapap kan dirinya dengan sebanyak patah kata.

Lepas tu wat ice breaking. Tak dak la breaking sangat. cuma kenaikan diri, nama belog, nama pesbuk. 

Ok, ini muka suma sebelum datang sorang anti tu.
"Yewhuu yu all, ehh, nape yu all lepak-lepak cni nih? Ehh, ada kepci, yu tau dak, boss ai marah kalau dia tau yu all tak makan makanan kat sini tau, NO OUTSIDE FOOD ALLOWED. "

Pastu suma pn bawa la diri. 

Next Location : Tunggu lift.
 Meh kenalan dengan PARA ADMIN

Next : Tempat Berkelah  : Nak lepak kepci pun penuh. Last skali ni ha, berkelah tepi lift, AMARAN : Tak seswai buat yang gayat tgk bawah.

 Ni ha, berkelah. COmei kan? :P

Bersedia untuk makan

 Sambut besday. Cer tengok Penyu, dia nyanyi kuat.

 Model kek cekelat. Adib

 Kek Gath pun hadoo~~ Jelesh dak?

Tedia. dia hadap sorang kek Gath? perghhhhhh~~~

Souvenir Gath. Yang ni pasti jadi ingatan sampai bebila.

Last sekali, pose yang makan masa 15 menit sebab nak bagi arahan, pastu tak cukup SENGAL, dan lelain, juga buat para Anoy yang jelesh meleshh kat Geng Blogger Sengal.

TDDMKA ~ Tangan Di Dada Mata Ke Atas :P Hambekkkk~~

Attendees :
Hehemsemmm
NabeelFadil | Shawn | Adib | Korn | Tok Ketua |

Cecantikk
Tirah | Ieyla | Syahiroo | Asma Liyana | Aida Omar | BabyZyra | Cik GKSB | Cik Kartun | Wadi AO | Cik Ama | Cik Kiwi | Izzati | Cik Panadol | Adila |

Tak Femes tapi Sengal~~ kan? ~~~

Thursday, 15 March 2012

Spontaneous Thursday #20

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Aiii.. orang dok bercerita pasai anak la. suami isteri la. Nadh nak jugakkkkkkk~~~ "


opsss #terkontroBESI la plak. ahahaha

Spontaneous Thursday #19

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Keindahan itu hanya dapat dilihat jika kita memahami perkataan REDHA, kerana ALLAH tak atur perkara tak baik buat kita melainkan yang terbaik sahaja. "

Cobaan 1 2 3 | Cheese Tart Blueberry

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Okeh, akhirnya, Nadh update juga pasal resepi ni. Dah ada yang bertanye cam mana nak buat. Nadh pun hari tu kebetulan je macik Nadh buat untuk engagement kezen Nadh. n Nadh ada kat tempat kejadian. So dapat la merasa + ilmu-ilmu berkaitan memasak dari Ibu. Ibu encourage Nadh belajar memasak kat sini. Katanya dah alang-alang duduk sini, belajar la. Fikir balik betul juga. bukan untuk menjamu Mama, Ayah n Adik-adik, leh juga jamu perut sendiri kan? agagagag. :P 

Cheese Tart Blueberry

Bahan-Bahannya : 
(Kerak dia)
250gm butter
100 gm gula castor
1 biji telur
vanilla air
450 gm tepung gandum

(Isi dia)
250 gm cream cheese
1 biji telur
50 gm butter
60 gm gula halus
Blueberry 

Cara-caranya : (Kerak dia)
1. Mula sekali, kita sediakan kerak dia tu dengan memasukkan butter, gula castor dan vanilla air. Pukul semua ni, lepas tu masukkan telur. terus pukul dia sambil letak tepung sedikit demi sedikit. Teruskan sampai doh jadi lembut.
2. Lepas doh dah lembut, kita letak kan dia dalam acuan . Buat untuk bahagian kerak dia. Lepas tu, cucuk dengan garpu kat tengah tu. Supaya dia cepat masak nanti. 
3. Masak dalam oven selama 30 min dengan suhu 140 degree celcius. 
4. Keluarkan kerak dia tu dan sejukkan. 

Cara-caranya : (Isi dia) 
1. Campurkan cheese, dan gula, telor n butter dalam tu, pukul je sampai dia nampak ptih gebu gitu. 
2. Masukkan isi dia dalam kerak tart tadi. Letak la sekali blueberry tadi sebagai isi kat tengah tu. Hias la macam mana rasa mau, kasi cantik kan. 
3. Masak dalam oven selama 15 minit. Kalau rasa tak masak lagi, tambah la lagi seminit 2. 

Note : Nadh guna piping bag masa nak letak cis tu. Senang dah mudah. wehuuuu~~

Selamat mencuba ye.

Spontaneous Thursday #18

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

KUAT itu cuma perkataan, yang menghadapinya itu HATI. Jika TAK yang menunjanginya, sampai bila pun diri takkan beroleh KEKUATAN . Hadapilah ia. Pasti boleh!
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 14 March 2012

Wordless Wednesday #WW40

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sehari ja dapat layan si kecil ni. Tak puas la.

#harap dapat balik kg lagi.

Wordless Wednesday #WW39

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Owh si kecik ini dah tak kenai dengan abg dia.

Tapi mula2 ja. Lepas tu ok la. :D

Ow Percayalah~

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Kekadang jiwa memberontak. ye la bila apa yang di kehendaki tu tak menjadi. Yang mahu tak bertemu. Tapi meluat yang dapat. Tak percaya cari dekat luar tu, paling mudah cari kat pesbuk tu. Ramai bebenor tak pueh ati , sedih sebab tak dapat apa yang dimahukan. Nadh akui kekadang Nadh pun macam tu juga. Tetiba tertacing sebab perubahan-perubahan tak tersangka kan? 

Tapi diri cuba nak menenangkan perasaan sendiri. Bila bersangka baik dengan susunan ALLAH ni. Tak percaya? kita ambil contoh terbaru, Nadh rasa macam malas nak pergi, ceritanya ada offer baru kerja ni, tapi rasa memang berat nak pergi, sebab kalau ke sana, banyak la akan berubah. Yang paling besar bab $$ la sebab Nadh risau sikit sebab Nadh pun dah OTW nak settle down kan, tapi fikir punya fikir, punya fikir, gagahkan aja la pergi. 

3 months ja kan? Lagipun, its a good practice for me, dah lama rasanya urat baloQ ni berkembang dengan pesatnya kan tubuh badan ni kan? Kena pergi. Banyak perubahan besar akan berlaku kalau Nadh pergi, jadi gagahkan diri juga.

Number 2, Nadh letak kekurangan kat $$ tu ke tepi seketika sebab Nadh nak kejar ilmu yang rasanya banyak yang akan Nadh dapat nanti. Ilmu itu susah nak dapat kan? Kejar selagi mampu. 

Apa pun, Nadh sangat yakin yang ALLAH tak pernah bagi yang tak baik pada kita. Tak percaya? Lihat langit, lihat awan, lihat mentari, lihat tumbuhan kat tepi-tepi jalan tu. Walau setiap satu nya kita tak nampak ada perkaitan dengan kita, tapi tiap satunya ada sebab untuk dia ada di dunia ni. Awan yang menghalang sinaran mentari mengenai kita, walaupun mentari itu panas, tapi dia kena ada juga, sebab macam mana dunia nak cerah kalau tak ada dia. encik langit yang biru itu kan tempat teratas yang menyenangkan, dan si tumbuhan itu, bukankah dia penyumbang punca utama kehidupan kita, iaitu OKSIGEN?

Cobaan 1 2 3 | Kerapu Masak Stim

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin sehari je Nadh duduk dekat rumah paginya. Malam sebelumnya pergi pasar malam, beli ikan. Pastu terjumpa plak ikan kerapu. Dah lama betul ngidam nak makan masak stim , so semalam Nadh gagahkan diri gak la buat kerapu masak stim ni.

Kerapu Masak Stim

Bahan-Bahan
Ikan kerapu (Nadh guna 3 ekor)
Halia (potong panjang kecik-kecik)
Serai (potong bulat-bulat)
Bawang putih (potong bulat-bulat)
Bawang besar (potong bulat-bulat)
Asam limau (beberapa biji, perahkan air limau untuk jus dia)
Tomato
Asam Boi
Daun Sup
Cabai melaka


Cara-caranya
1. Mula sekali panaskan periuk kukus. Lepas tu letak sikit air dalam talam kueh tu, pastu letak air sikit, masukkan halia, serai, bwang putih, bawang besar , cabai melaka yang dah dipotong tadi.
2. Tutup penutup periuk dan biarkan air tu masak sikit. Lepas tu masukkan ikan dalam tu.
3. Biarkan ikan terus masak. Sila kalih ikan ye, supaya kedua belah masak. pastu bila tengok air tu da mendidih kan, masukkan jus asam limau tadi, lepas tu tauk skali asam boi tu. Biarkan seketika. Then masukkan tomato yang dah dipotong tadi.
4. Agak da ok, tutup api dan siap untuk dihidang.


Untuk lagi feel sediakan :

Cabai melaka 10 bijik
1-2 ulas bawang putih
Kicap
--> tumbuk cabai dengan bawang putih, letak kicap. Cicah ja. Slurpppppp~~

Selamat mencobaa~~ 

Anak bertuahh~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Alkisahnya sabtu lepas masa persiapan kenduri sepupu Nadh. Masa tu dah 1 lebih kot. Nadh masih di dapur temankan makcik Nadh buat kueh dengan Mama dan sepupu sorang.

IBU :: "Ha, salin la resepi ni Arie."

MAMA :: "Abg, salin la, nanti boleh kita buat sama-sama dekat rumah."

NADH :: "Ha sat Mama, Arie nak p ambik tab."

**SNAP**

MAMA :: "Anak bertuah, kita ingatkan dia nak salin, dia tangkap gambaQ?"

NADH :: "Ehhe.. Senang Ma, lagipun Arie nak salin mana ada pen."

IBU :: "Macam-macam hang ni Arie, Ibu ingatkan nak menaip tadi. Buleh dia ambik gambaQ ja."

NADH :: "Technology ibu.."

"Tu Arie tangkap gambo tu terang ka?"

NADH :: "Terang, cer ibu tengok ni. " *Mama pun tengok sekali.*

ECAH :: "Abg pemalas, ambil gambaQ je. "

NADH :: "Ehh, mana ada la, kita salin sekali dengan tulisan tok guru, ambil berkat.."

**Semua gelak**


Ops.. sambil-sambil nak ucap selamat bertunang kepada cik sepupu. Moga-moga kekal la sampai ke taman-taman syurga. Pasni sapa plak ye? tettttttt~~

Tuesday, 13 March 2012

History | Mekdi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lama tak menaip kan? Hari ni kita kongsi sejarah nak? Tentang Mekdi. Nadh penah gak wat entry pasai Mekdi ni satu masa dulu, nak tengok leh la rujuk kat SINI.

Restoran McD pertama di dunia ialah di San Bernardino yang dibuka pada tahun 1940.


Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish




Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937.



Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoran barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California

Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.

Ini merupakan restoran McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.

Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.






Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoran McD diseluruh dunia!

Apa yang Nadh nak cakap adalah :
"Tanpa mimpi, kita tak mungkin mencapai langit, tanpa usaha tak mungkin akan punya jalannya. "

Usaha kan tangga kejayaan? :D

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra’ad : Ayat 11)

Kita usaha kita dapat la. Dan usaha dan kejayaan itu untuk disyukuri, bukan menjadi titik mula kisah dosa kita di muka bumi ini. INGAT TAU ! ! 

Thursday, 8 March 2012

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Memilih.
Dipersimpangan.
Antara disini dan sana.
Terus atau mula.
Ada atau tiada.
Susah hendak bicara.

Apa pun biarlah ia dilupa buat seketika. :(
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 6 March 2012

Monolog tengah hari

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekadang, bila kita keterlaluan memikirkan masa depan, kita bakal berdepan kecelaruan .

Apabila diri begitu berkehendak, dan terlalu banyak perubahan yang tidak pernah difikirkan, kita bagaikan tersedak, bukan terdesak cuma tersentak

Kemudian, diri belajar menyesuaikan diri, cadangan asal tadi berubah lagi, tidak seperti fikiran sendiri, tapi sebenarnya merupakan susunan ILAHI.

Biar yang berlaku tidak yang mahu di hati, tiada rasa tidak disukai, mahupun cuba membenci, kerana tiap rancangan Ilahi, adalah merupakan yang terbaik buat diri.

ALLAH knows best
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 5 March 2012

Suasana yang mengharukan. :D

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

okeh. Nadh dah hilang 3 hari kan? eh ke 4 hari ae? Ehhe. :D Maafkan Nadh ye readers. Umm last night kan, Nadh jumpa dengan sahabat lama Nadh. Biasa la kan bila dah lama tak jumpa ni, banyak yang disembangkan. Tapi dalam bebanyak sharing kami semalam, Nadh tertarik bila dia kongsikan kat pejabat baru dia tu kan, mereka sangat berdisiplin dalam bab agama ni.

Nadh sangat kagum bila dia cerita tiap waktu solat , ada lelaki yang akan mengazankan. Lepas tu berjemaah sesama, kemudian ada tazkirah pagi, sebelum mula kerja akan berdoa. Paling best tiap Jumaat ada tadarus Al-Quran .

Kata nya lagi, hari tu diorang dapat bonus, lepas tu supervisor sound, " ha jangan lupa ye, 2.5% dari wang anda tu zakat ye. ". Best kan ada macam tu? Orang yang sentiasa memperingatkan? Tu belum lagi Nadh mention big boss turun jadi boss berjemaah lepas tu bagi tazkirah lepas solat kat depa. 

Sapa tak nak suasana macam tu dekat tempat kerja kan? Kat rumah, kat nana-mana aja. Serious kagum. Sambil dalam ati doa, moga-moga kita semua akan dapat suasana tu. Amin2.

Thursday, 1 March 2012

Spontaneous Thursday #16

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Buat yang menyalahgunakan cinta untuk dosa :

"kalau rasa putus cinta tu seksa, cubalah bayangkan bercinta dengan azab neraka"
Published with Blogger-droid v1.6.9

Spontaneous Thursday #15

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"let us turn the tears when facing the pain, sadness to crying of joy, cause we realize that ALLAH test us, n his test is one the way to show HIS Love. "
Published with Blogger-droid v1.6.9

Spontaneous Thursday #14

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Love is not only about giving the best, but its about hw you turn the worst to be the sweetest. "
Published with Blogger-droid v1.6.9

Spontaneous Thursday #13

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"falling in love is not hard, but to keep it within redha is the challenges"
Published with Blogger-droid v1.6.9

Spontaneous Thursday #

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"falling in love is not hard, but to keep it within redha is the challenges"
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...